fbpx
Now Reading
Chef Zam Dakwa Ditipu Penerbit

Chef Zam Dakwa Ditipu Penerbit

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Chef selebriti terkenal, Zamzani Abdul Wahab, 47 tahun, atau lebih dikenali sebagai Chef Zam mengatakan dia ditipu penerbit sebuah program jualan langsung televisyen kerana dia tak menerima baki bayaran tugasnya sebelum ini.

Menurutnya, sudah enam bulan dia tak menerima separuh lagi bayaran daripada yang dijanjikan malah dia juga telah menghubungi penerbit terbabit untuk bertanya mengenai isu ini tetapi gagal.

sinarharian.com.my

Disebabkan itu, dia menghubungi syarikat yang mengupahnya untuk meminta bayaran.

“Kali ini dapat tetapi hanya separuh. Saya tidak tahu mengapa dia bertindak begitu tapi rasanya mungkin disebabkan saya membatalkan khidmatnya untuk menerbitkan program yang terbitkan, Biscotti, 10 jam sebelum penggambaran dimulakan,” katanya.

rollinggrace.com

Dia mengambil tindakan tersebut selepas dihubungi dan diberi penjelasan oleh syarikat yang menerbitkan program masakan dari Korea.

Tambahnya, Chef Zam tak kisah jika penerbit berkenaan berterus-terang mengenai apa yang berlaku dan dia mungkin boleh menghalalkan baki wang yang belum diterimanya itu.

thestar.com.my

“Bagaimanapun, caranya itu membuatkan saya geram. Dunia hiburan ini kecil dan baru-baru ini saya terserempak dengannya. Kasihan juga melihatnya seperti cuba melarikan diri apabila nampak kelibat saya. Sudahnya dia yang tidak selesa,” jelasnya.

Biasanya orang yang berhutang pasti tidak akan hidup tenteram dan takut kepada bayang-bayang sendiri. Semoga mereka dapat berbincang masalah ini dengan elok dan dapat mencari jalan penyelesaian tak lama lagi.

Sumber: Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.