fbpx
Now Reading
Johan As’ari Dikecam Akibat Selfie Di Kubur

Johan As’ari Dikecam Akibat Selfie Di Kubur

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan pelakon Johan As’ari memuatnaik gambar swafoto di kawasan kubur mengundang kemarahan warga laman sosial apabila mereka mempersoalkan tujuannya mengambil gambar kerana ia kelihatan tidak beradab.

Malah, gambar tersebut diambil berlatar belakangkan orang ramai sedang sibuk untuk upacara pengebumian yang dijalankan.

“Innalillahi wa inna ilaihi roji’un. Arwah Yahya bin Ismail. Sama-sama kita doakan semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Al-fatehah,” tulisnya di ruangan caption gambar.

Berikutan itu, ramai yang memberi pendapat Johan tak sepatutnya mengambil gambar pada masa itu dan lebih bagus menolong keluarga si mati yang sedang sibuk menguruskan jenazah.

Tak semua tempat sesuai untuk berswafoto lebih-lebih lagi jika berada di upacara pengebumian atau di kubur. Tetapi, mungkin Johan mengambil gambar setelah selesai menolong apa yang patut. Husnuzon.

Sumber: IG Johan As’ari

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.