fbpx
Now Reading
Fesyen Tudung LED Melly Goeslow Tarik Perhatian Ramai

Fesyen Tudung LED Melly Goeslow Tarik Perhatian Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak dinafikan fesyen yang digayakan zaman sekarang ada yang bercirikan futuristik sehingga membuatkan ia menjadi perhatian orang ramai termasuk apa yang digayakan oleh penyanyi popular dari Indonesia, Melly Goeslaw.

Gaya tudung LED yang dipakai oleh Melly ternyata menarik perhatian umum apabila dia menyampaikan lagu terbarunya, Hara di sebuah pertunjukan fesyen.

Dia yang juga menjadi artis penutup pada malam itu mendapat pujian daripada orang ramai yang mengagumi vokalnya dan pakaian yang dikenakannya pada malam tersebut.

Baju dan tudungnya dicirikan sebagai Mother of Nature atau “Ibu kepada Alam Semesta” kelihatan unik kerana mengeluarkan cahaya di seluruh tudung serta pakaiannya.

Walaupun ia kelihatan ringkas, namun gaya dan pencahayaan LED di pakaian Melly menyerlahkan gaya yang dibawakannya berbanding artis lain.

Nampaknya dunia fesyen sudah semakin canggih, inovatif dan kreatif dengan penghasilan busana bersifat futuristik seperti ini.

Sumber: IG Melly Goeslaw

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.