fbpx

[GAMBAR] ‘Lebih Indah Bercinta Setelah Halal’ Netizen Puji Kebahagiaan Fattah & Fazura

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Walaupun ada yang kurang selesa melihat kemesraan yang sering dikongsikan oleh Fattah dan Fazura, sebenarnya ramai juga yang terus memuji kedua pasangan ini.

Baru-baru ini seperti yang kita tahu Fatah, Fazura dan teman-teman rapatnya telah keluar negara untuk meluangkan waktu bersama serta honeymoon setelah bergelar suami isteri.

Tidak dinafikan gambar-gambar yang sering dimuat naik oleh mereka berdua memang cukup mesra, intim dan nampak sungguh kebahagiaan mereka.

Baru-baru ini Fattah ada muat naik gambar kandid bersama isteri tercintanya. Baru sahaja muat naik ke instagram, kedua pasangan itu menerima lebih dari 3 ribu komen memuji pasangan ini.

Malah ada juga yang mengatakan mereka suka melihat bagaimana Fattah dan Fazura ini ‘menyayangi’ antara satu sama lain sehinggakan langsung tidak mahu berjauhan.

Ada juga mengkagumi bagaimana mereka berdua menjaga imej diri mereka sewaktu bercinta kerana tidak di hebohkan malah jarang sekali nampak kemesraan mereka seperti sesetengah orang bercinta.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berkata mereka langsung tidak jemu melihat kemesraan mereka kerana itu membuktikan sebuah perhubungan itu lebih indah setelah ia ‘halal’ dan sah.

Memang benar, jika lihat bagaimana Fattah ‘melekat’ dengan Fazura nampak Fattah benar-benar menghargai kasih mereka berdua. Jadi mungkin sebab manja dan sifat penyanyang yang ada pada Fattah ini lah yang membuatkan Fazura cair.

Okay tak nak cakap #MHBelanjaGambar percutian mereka berdua di luar negara…

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.