fbpx
Now Reading
Alahai Comelnya Telatah Pelajar Tasha Manshahar

Alahai Comelnya Telatah Pelajar Tasha Manshahar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kini sesi persekolahan telah pun bermula dan pelbagai telatah murid kita telah saksikan sejak beberapa hari ini termasuklah para guru yang mengajar mereka.

Bekas penyanyi yang telah bergelar seorang guru, Tasha Manshahar, 26 tahun, berkongsi keletah anak-anak murid darjah satu yang comel seperti seorang murid memakai anak tudung hingga menampakkan tulang anak tudung ke depan.

Bukan itu saja, dia turut menerima ‘surat’ daripada anak muridnya yang meminta dia mengajar di sekolah mereka selama-lamanya kerana dia amat menyayangi Tasha. Biasa la cikgu baik memang pelajar sayang kan.

Malah, seorang murid siap bertanyakan kepada Tasha jika dia sudah ada teman lelaki atau belum tetapi menyebut ex-boyfriend. Mungkin dia tak faham maksud ex-boyfriend jadi dia bertanya Tasha sudah ada ex-boyfriend atau belum.

Macam-macam ragam murid sekolah rendah terutama mereka yang baru saja memasuki darjah satu. Comel betul tak sanggup nak marah!

Sumber: IG Tasha Manshahar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.