fbpx

Ayah Tiga Beradik Sharifah Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Keluarga Sharifah Haslinda, Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah dikejutkan dengan pemergian ayahanda tercinta pada pukul 9.15 malam semalam di Hospital Ampang.

Berita itu dikongsikan oleh Sharifah Shahirah atau dikenali sebagai Shiera di laman Instagramnya. Pemergian allahyarham disebabkan oleh jangkitan kuman di paru-paru.

Difahamkan jenazah allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Klang Gate iaitu bersebelahan kubur arwah Mak Esah pada pagi tadi.

“Alhamdullillah tamat sudah riwayatnya dia atas dunia. Cantik sungguh pemergiannya berjumpa dengan penciptaNya di malam Jumaat kebumi sebelum solat Jumaat. Kami bersyukur atas doa-doa anda. Sungguh mudah, senang dan cepat. Alhamdullillah” tulisnya di Instagram.

Kami di Buzzkini mengucapkan salam takziah kepada keluarga Sharifah sekeluarga. Semoga kuat dan tabah menerima dugaan ini.

Sumber: IG Shieraijoy

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.