Now Reading
Sudah 60 Tahun Tapi Amy Search Masih Power!

Sudah 60 Tahun Tapi Amy Search Masih Power!

Pada usia 60 tahun penyanyi terkenal Amy Search membuatkan peminatnya berasa kagum apabila beliau berjaya ke Kem Pangkalan Annapurna (ABC), Nepal yang berketinggian 4,130 meter dari aras laut pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Amy memuat naik gambar bersama isteri, Norhasniza Hassan atau Nourish yang lengkap berbaju kurung berwarna hijau bagi meraikan kejayaan itu.

Beberapa hari lalu, Amy memuat naik video di laman sosial itu memaklumkan mereka sudah berada di Jhinu Nanda sebelum mendaki ke Chomprong.

Penyanyi lagu Isabela itu turut meminta peminat mendoakan keselamatannya dan isteri agar selamat tiba ke Gunung Annapurna.

“Alhamdulillah, kita sudah sampai di Jhinu Nanda. Insya-Allah, esok kita akan mendaki tangga beribu-ribu di Chomprong. Doakan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, pengikut Amy di Instagram meluahkan rasa kagum dan bangga dengan penyanyi itu yang mampu mendaki gunung berkenaan pada usianya sekarang.

Malah ramai menjadikan ia sebagai inspirasi untuk berbuat perkara sama selain mencapai impian yang dirasakan tidak mampu dilaksanakan.

Sebelum ini, anak Amy, aktres Nabila Huda turut berjaya menawan ABC dalam ekspedisi pada Oktober tahun lalu.

Sumber : Mstar, Instagram Amy Search

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.