fbpx
Now Reading
Memukul dan Terajang ‘Hadiah’ Ulang Tahun

Memukul dan Terajang ‘Hadiah’ Ulang Tahun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelajar Tingkatan Lima sekolah di Shah Alam dipercayai ‘merelakan’ dirinya dibelasah sekumpulan rakan ketika menyambut hari lahirnya.

Menerusi rakaman video berdurasi 29 saat yang tular di media sosial itu, kira-kira lapan pelajar lain menyanyikan lagu ‘Happy birthday to you’ kepada seorang rakan mereka di dalam kelas, sebelum memukulnya.

Pelajar itu ditendang manakala ada beberapa rakannya menggunakan batang penyapu untuk memukulnya.

 NSTP difahamkan, sambutan sedemikian adalah ‘tradisi’ bagi segelintir pelajar di sekolah itu dan kejadian berlaku pada Februari lalu.

Sementara itu, pihak pengurusan sekolah berkata, kejadian itu hanya diketahui pada Jumaat lalu selepas video berkenaan tular di laman sosial dan laporan mengenainya sudah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

“Sehingga sekarang kita gagal menghubungi keluarga remaja yang dipukul ini. Sebelum ini pelajar meraikan hari jadi dengan cara membaling tepung dan ia diketahui pihak sekolah,” katanya ketika dihubungi NSTP di Shah Alam, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, bagaimanapun berkata, tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

“Polis masih belum menerima laporan mengenai kejadian ini. Namun sekiranya ada laporan, kita akan siasat sebelum mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

“Kita sedang mendapatkan laporan mengenai kejadian itu dan apabila siasatan selesai, kita akan maklumkan perkembangannya,” katanya.

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.