fbpx
Now Reading
“Saya Akan Berehat Seketika” – Najib Razak

“Saya Akan Berehat Seketika” – Najib Razak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf dan mengumumkan bahawa beliau mahu berehat seketika.

Bekas perdana menteri itu memuat naik status di Facebook miliknya pagi Sabtu, memohon maaf dan memaklumkan bahawa beliau akan berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga.

“Saya berdoa agar selepas tempoh perpecahan ini, negara akan kembali bersatu. Saya memohon maaf atas sebarang kekurangan dan kesilapan, dan saya berterima kasih kepada rakyat, diberi peluang untuk memimpin negara ke arah yang lebih baik. Menjadi penghormatan seumur hidup saya untuk berkhidmat buat anda dan Malaysia.

“Selepas lebih empat dekad dalam politik dan kempen pilihan raya baru-baru ini, secara peribadinya amat menyedihkan dan mungkin yang paling sengit dalam sejarah Malaysia, saya akan berehat seketika untuk menghabiskan masa bersama keluarga yang  tidak dapat saya lakukan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya dan rakan-rakan Barisan Nasional komited menghormati kehendak rakyat dan melancarkan peralihan kuasa.

“Kepentingan Malaysia dan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan dan  saya berhasrat untuk terus berkhidmat kepada mereka dalam apa jua kapasiti yang saya boleh,” tulisnya.

Status tersebut dimuat naik selepas satu maklumat tular, mendakwa bekas pemimpin negara itu akan terbang ke Indonesia pada Sabtu.

Menurut Sinar Harian, terdapat sebuah pesawat persendirian yang berpangkalan di Indonesia dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.

Pesawat itu dijadual mendarat pukul enam pagi di Subang pada 12 Mei dan dijadual berlepas ke Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma pukul 10 pagi hari yang sama.

Selepas maklumat itu tular pihak media mula berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang sejak jam 5 pagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.