fbpx
Now Reading
Raja Elizabeth Gemar Bawa Sesuatu Setiap Kali Keluar Istana

Raja Elizabeth Gemar Bawa Sesuatu Setiap Kali Keluar Istana

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai yang sangka apabila bergelar Raja, Ratu atau Permasuri, setiap tingkah laku dan perbuatan semuanya terbatas. Ada saja perkara yang mereka tidak boleh lakukan.

Namun, ianya tidak menghalang Ratu Elizabeth untuk melakukan perkara yang disukainya. Ramai yang tidak tahu tabiat Ratu Elizabeth yang sentiasa membawa kek kegemarannya ke mana saja setiap kali keluar dari Istana Buckingham.

Paling menarik, kek kegemaran beliau adalah kek biskut coklat buatannya sendiri dan kek tersebut akan sentiasa diisi di dalam beg tangannya setiap kali keluar istana.

Perkara itu didedahkan oleh bekas chef diraja, Darren McGrady yang pernah bertugas sebagai tukang maska diraja selama 15 tahun.

Menurut Darren lagi, Ratu Elizabeth tidak gemarkan ubi kentang, pasta dan bawang putih.

 

“Sekarang kek biskut coklat adalah satu-satunya kek yang akan diulang setiap hari sehingga ia habis dimakan. Beliau akan ambil potongan kecil kek itu setiap hari,” katanya.

Kek itu juga turut digemari oleh Putera William dan Putera Harry. Malah William turut meminta kek itu dihidangkan pada majlis perkahwinannya bersama Kate Middleton.

Sumber : VitDaily

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.