Maut Akibat Dipijak & Sesak Nafas, Jumlah Kematian Di Stadium Kanjurahan Cecah 182 Orang [Video]

Angka korban akibat rusuhan yang berlaku di kalangan penyokong bola sepak di Stadium Kanjurahan, Malang, Indonesia pada Sabtu lalu (1 Oktober) meningkat kepada 182 orang.

Tragedi itu juga menyebabkan 180 penyokong cedera, selain ia dikatakan sebagai satu daripada bencana di stadium yang paling ramai terkorban di dunia.

Rusuhan tercetus akibat ketidakpuasan hati para penyokong

Menurut pihak berkuasa Indonesia, insiden membawa maut itu tercetus akibat perasaan tidak berpuas hati penyokong atas kekalahan pasukan bola sepak.

Katanya, beribu-ribu orang menyerbu masuk ke dalam kawasan padang selepas bengang pasukan mereka iaitu Arema FC kalah kepada musuh ketat, Persebaya Surabaya buat kali pertama sejak dua dekad.

Polis lepaskan gas pemedih mata ke arah penonton selepas 2 anggota terbunuh

“Tindakan penyokong terbabit menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata, sekali gus mencetuskan rempuhan,” katanya.

Ujar pihak berkuasa lagi, polis yang melihat kejadian itu sebagai satu rusuhan telah bertindak memujuk para penyokong agar kembali ke tempat duduk mereka sebelum melepaskan gas pemedih mata ke arah tempat duduk penonton selepas dua anggota terbunuh.

Kebanyakan mangsa terkorban akibat dipijak dan sesak nafas, penonton nafi ada rusuhan

Difahamkan, kebanyakan mangsa yang dilaporkan terkoban adalah disebabkan dipijak dan mengalami sesak nafas.

Sementara itu, sebahagian penonton yang terselamat berkata, keadaan bertukar menjadi huru hara selepas gas pemedih mata dilemparkan ke arah mereka.

“Anggota polis melepaskan gas pemedih mata yang menyebabkan penonton berpusu-pusu untuk cuba keluar dari stadium dan saling tolak-menolak.

“Tiada rusuhan, tiada apa-apa yang berlaku. Saya tidak tahu apa isunya, polis tiba-tiba sahaja melepaskan gas pemedih mata,” kata seorang penonton, Doni.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di media sosial, kelihatan jelas polis melepaskan gas pemedih mata dan penonton memanjat pagar penghadang untuk menyelamatkan diri.

Presiden Jokowi mohon siasatan dijalankan, gantung dahulu semua perlawanan

Susulan kejadian itu, Presiden Joko Widodo (Jokowi) menerusi hantaran video di laman Twitter rasminya mengarahkan siasatan dijalankan ke atas insiden tersebut dan menggantung dahulu semua perlawanan sehingga penambahbaikan keselamatan selesai dijalankan.

“Saya amat menyesali tragedi ini dan berharap ia akan menjadi bencana terakhir dalam sukan bola sepak negara ini,” katanya.

Susulan kejadian itu, Liga Indonesia digantung seminggu.

Pada masa yang sama, President Fifa, Giani Infantino turut menzahirkan rasa sedihnnya terhadap insiden yang berlaku itu serta menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban.

Ibu pejabat Fifa juga menurunkan separuh kesemua bendera negara yang ada sebagai tanda penghormatan terhadap tragedi malang itu.

Foto: FIFA

Recent Posts

  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

16 mins ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

20 mins ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

33 mins ago
  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

1 hour ago
  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

19 hours ago