Pintu Pesawat Alaska Airlines Yang Tercabut Sah Buatan Malaysia – NTSB

Sebelum ini kecoh insiden pesawat Alaska Airlines yang menghadapi masalah ketika penerbangan hingga menyebabkan pintu pesawat tercabut ketika berada di ruangan udara beraltitud 16,000 kaki (4,877 meter).

177 penumpang termasuk anak kapal bagaimanapun dilaporkan selamat. Namun begitu, penemuan tulisan tangan ‘Made In Malaysia’ pada sebuah pintu pesawat tersebut menimbulkan tanda tanya orang ramai.


NTSB Sahkan Pintu Palam Alaska Airlines Dikilangkan Di Malaysia

Terbaharu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa palam pintu Boeing BA 737 MAX 9 yang tercabut ketika penerbangan pesawat Alaska Airlines pada awal bulan lalu dikilangkan di Malaysia.

Menurut Pengerusi NTSB Jennifer Homendy, bahagian pesawat yang ditemui diperbuat oleh syarikat Spirit AeroSystems yang mempunyai kilang di Malaysia.

Mengulas lanjut, palam pintu pesawat berkenaan telah dihantar ke kilang pembekal Boeing dekat Wichita, Kansas, AS sebelum dibawa sebuah kereta api ke kilang pembuat pesawat Boeing itu di Renton, Washington.

Sumber: X (@NTSB_Newsroom)

NTSB Perjelas Pembuatan Palam Pintu Di Malaysia Bukan Punca

Berbicara mengenai kejadian, Jennifer menjelaskan bahawa masalah palam pintu yang tercabut boleh sahaja berlaku di mana-mana peringkat bukan sahaja pada proses pembuatannya sahaja.

Susulan itu, pihak NTSB akan menyiasat segenap peringkat dalam pembuatan kapal terbang berkenaan termasuk dari aspek pengeluaran, pengangkutan, pemasangan palam pintu serta pemeriksaan kualiti (quality control) bagi semua proses terbabit.

“Kami tidak mempunyai sebarang petunjuk di mana berlakunya kesilapan keselamatan. Ia boleh berlaku di mana-mana sahaja dan kami bukan hanya menentukan pada peringkat pembuatan sahaja,” kata Jennifer Homendy.

Sumber: X (@NTSB_Newsroom)

Penumpang Fail Saman Atas Pengalaman Ngeri Dilalui

Pada Selasa lalu (16 Januari), empat penumpang pesawat Alaksa Airlines memfailkan saman terhadap syarikat penerbangan dan Boeing kerana terpaksa melalui detik ngeri ketika insiden berlaku, lapor ABC News.

Menurut aduan tersebut, dua penduduk dari California dan dua penduduk di Washington itu menyaman kedua-dua syarikat berkenaan atas dakwaan kecederaan termasuklah ketakutan yang melampau, kesusahan, kebimbangan, trauma dan kesakitan dari segi fizikal.

Sumber: X (@NTSB_Newsroom)

Pada 5 Januari lalu, sebuah penerbangan Alaska Airlines melakukan pendaratan cemas di Oregon, Amerika Syarikat (AS).

Penerbangan itu pada awalnya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Portland kira-kira jam 5 petang waktu tempatan sebelum mendarat semula dengan selamat akibat isu tekanan yang dilaporkan oleh kru kabin.

Ia juga menyebabkan palam pintu pesawat terbabit tercabut ketika dalam penerbangan.

Penemuan palam pintu Boeing 737 Max 9 yang tertera tulisan tangan ‘Made In Malaysia’ (Buatan Malaysia) oleh seorang guru sekolah dikenali sebagai Bob Sauer menyebabkan Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dalam siasatan insiden penerbangan.

Difahamkan, pintu pesawat itu tercabut pada altitud 16,000 kaki (4,877 meter) sebelum terjatuh di laman belakang rumah Sauer di pinggir bandar Oregon.

Baca Artikel Berkaitan: Palam Pintu Pesawat ‘Made In Malaysia’ Milik Alaska Airlines Jadi Tanda Tanya Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Mengingati MH370: Hampir 9 Tahun Lenyap, Kepulangan Masih Dinanti-nanti

Baca Artikel Berkaitan: Genap 9 Tahun Tragedi MH17, Malaysia Komited Cari Keadilan Buat Mangsa

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

3 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

3 days ago