Mekap Dalam Bungkusan Samyang? Comelnya!

Sebut je jenama Samyang, perkara pertama yang akan berada di fikiran ialah mee ramen pedas mereka yang cukup popular. Terbaru, Samyang menghasilkan koleksi mekap untuk peminat ramen pedas mereka.

Apa yang pasti, jenama kosmatik dan barangan kecantikan Korea memang tidak pernah mengecewakan serta sering tampil dengan kotak pembungkusan yang unik dan comel-comel belaka.

Berkolaborasi dengan jenama kosmetik terkenal, Samyang X Tony Moly menghasilkan koleksi mekap edisi terhad terdiri dari bedak kusyen, pelembap bibir, pemerah pipi dan pewarna bibir lip tint.

Apa yang menarik, koleksi mekap tersebut dibungkus dalam paket Samyang. Pasti ramai yang akan tertipu sama ada ianya ramen atau pun mekap. Pewarna bibir lip tint dibungkus dalam paket Samyang perisa Cheese, Karbo dan Hot Chicken.

Setiap pembelian bedak kusyen yang dibungkus dalam paket Samyang berbentuk cawan akan didatangkan bersama sikap yang dibungkus seperti dalam pembungkus chopstik.

Harga untuk setiap unit koleksi mekap Samyang sangat berpatutan dan tidak melebihi RM70. Bagaimanapun, koleksi Samyang x Tony Moly ini hanya dijual di pasaran Korea sahaja.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 hour ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

4 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

4 hours ago