Setiap umat Islam wajib menunaikan solat lima waktu malah ini ia juga turut termaktub di dalam rukun Islam yang kedua.
Walau bagaimanapun, dalam melakukan setiap ibadah ia mempunyai peraturan atau rukun yang telah ditetapkan agar ibadah tersebut sah atau diterima Allah SWT.
Perkara sama juga perlu diaplikasikan apabila mendirikan solat. Sebagai contoh setiap umat Islam perlu melakukan rukun qauli (syarat sah solat) untuk memastikan solat yang didirikan adalah sah.
Rukun qauli adalah sejenis rukun yang bacaannya perlu disebut sehingga didengari oleh telinga sendiri.
Baru-baru ini, jemaah Masjid Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor telah memuat naik satu video di TikTok rasmi mereka memberikan gambaran (sekadar lakonan) serta contoh ragam individu yang tidak melaksanakan rukun qauli ketika menunaikan solat.
Menerusi video lakonan tersebut, dua orang lelaki menyedari penyanyi dan penyampai radio, Anas Tahir mendirikan solat tanpa mengerakkan mulutnya. Lalu salah seorang dari mereka mengatakan perbuatan menggerakkan mulut ketika solat adalah rukun qauli.
Sebaik menyedari perkara itu, mereka kemudian menegur Anas serta beranggapan mungkin dia tidak mengetahui mengenai rukun qauli.
Apabila ditanya, pemuda berkenaan seperti tidak mengetahui apakah itu rukun qauli.
“Alah rukun qauli yang baca, sebut. Paling kurang pun telinga kita dengar,” katanya lelaki berkenaan.
Dia kemudiannya turut menyenaraikan lima perkara yang terdapat dalam rukun qauli.
“Yang ni semua kita kena sebut bagi telinga dengar,” jelasnya lagi.
Sekiranya rukun qauli tidak dilakukan, seseorang individu perlu menunaikan semula solat kerana ibadahnya itu tidak sah.
Malah di dalam video itu, masjid ini turut menasihatkan orang ramai untuk tidak mensia-siakan solat mereka dan sentiasa melakukan perkara yang betul agar solat yang didirikan sah.
Pesanan serta teguran yang diberikan secara sketsa itu turut menarik perhatian ramai, malah ia juga menjadi peringatan kepada semua yang menonton untuk melakukan rukun qauli setiap kali mendirikan solat.
Malah tidak kurang juga ramai yang terhibur dengan lakonan mereka.
Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…
Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…
Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…
Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…
Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…