‘Bukannya RM1,500’- UNICEF Cadang Gaji Minimum RM2,102 Sebulan

Umum mengetahui gaji minimum yang ditetapkan di Malaysia adalah sebanyak RM1,500. Namun, harus diakui jumlah ini tidak mencukupi bagi menampung kos sara hidup yang tinggi pada masa kini.

Ia dapat dibuktikan melalui penemuan dalam kajian yang dilakukan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Perlu Tetapkan Gaji Minimum Pada Kadar RM2,102 Sebulan

Menerusi laporan ‘The Living on The Edge Key Findings’, pertubuhan itu mencadangkan agar kerajaan Malaysia menyemak semula gaji minimum sedia ada dan menetapkan pada kadar RM2,102 sebulan.

Kadar itu ditetapkan setelah mengambil kira faktor seperti kos sara hidup, pendapatan penengah, pendapatan garis kemiskinan dan produktiviti.

“Setelah mengambil kira beberapa faktor utama seperti kos sara hidup, pendapatan penengah, pendapatan garis kemiskinan dan produktiviti, gaji minimum yang sebenar adalah RM2,102 sebulan dan bukannya RM1,500 seperti sekarang. Gaji minimum perlu disemak semula.

“Tahap gaji minimum baharu yang dicadangkan ini adalah sedikit lebih rendah berbanding tahap gaji wajar yang dicadangkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu sebanyak RM2,700 sebulan,” jelas laporan berkenaan.

Kenaikan Kos Sara Hidup Beri Kesan Kepada Keluarga Pasca Pandemik

Laporan tersebut turut menunjukkan kenaikan kos sara hidup sememangnya memberi kesan kepada keluarga bandar yang berpendapatan rendah pasca pandemik.

“Dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah yang dikaji, isi rumah ketua wanita dan mereka yang diketuai oleh orang kurang upaya menghadapi cabaran yang lebih besar dan berada dalam situasi yang lebih buruk.

“Peningkatan kos sara hidup telah memburukkan lagi kesukaran, dengan lapan daripada 10 keluarga bergelut untuk memenuhi keperluan asas, mengakibatkan mereka terpaksa membuat pilihan seperti mengurangkan pengambilan makanan,” jelas laporan itu lagi.

Cadang Kerajaan Pertimbang Dasar Penjagaan Untuk Kanak-Kanak & Orang Kurang Upaya

Laporan itu turut mencadangkan agar kerajaan mempertimbang pemberian elaun penjagaan kanak-kanak dari sebelum lahir hingga umur dua tahun.

Ia merupakan langkah pertama dalam peluasan lantai perlindungan sosial yang progresif buat kanak-kanak di negara ini dengan elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan diberikan kepada ibu.

“UNICEF juga mencadangkan elaun sejagat untuk orang kurang upaya di mana ia penting untuk menyediakan tahap keselamatan pendapatan yang mencukupi dan melengkapkan penjagaan kesihatan serta perlindungan pekerjaan sedia ada.

“Pada masa yang sama, elaun perlu dilanjutkan kepada penjaga utama (yang kebanyakannya wanita) ahli keluarga kurang upaya,” katanya.

Tambah Baik Bantuan Sosial Membabitkan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Jelas laporan itu lagi, pihak kerajaan juga perlu menambah baik bantuan sosial khususnya untuk golongan miskin melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pada masa kini, bantuan hanya diberi kepada isi rumah miskin tegar atau golongan yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM1,198 sebulan.

UNICEF berpendapat bantuan ini seharusnya diperluaskan kepada kumpulan yang berpendapatan kurang daripada RM2,589 atau golongan yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan.

Pekerja Perlu Diberi Perlindungan Sosial Tanpa Mengira Status Pekerjaan

Melalui laporan tersebut, UNICEF turut mencadangkan agar kesemua pekerja di Malaysia diberi perlindungan sosial tanpa mengira status pekerjaan.

Perlindungan seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) perlu diwajibkan ke atas semua pekerja khususnya sektor yang tidak formal.

“Ia adalah untuk melindungi mereka daripada kecederaan, pengangguran dan pendapatan yang tidak mencukupi atau tiada pendapatan ketika usia tua,” jelas laporan itu lagi.

Foto: Laporan The Living on The Edge Key Findings

Untuk info, kajian ini dijalankan oleh UNICEF melalui tinjauan yang dibuat pasca pandemik pada 14 Oktober 2023 hingga 16 November 2023.

Ia dilakukan ke atas 755 isi rumah berpendapatan rendah yang tinggal di 16 perumahan awam kos rendah di Kuala Lumpur.

Kajian ini bertujuan untuk memberikan pandangan dan bukti yang sesuai bagi membantu kerajaan dalam menggubal dasar yang bersesuaian terutama selepas pandemik melanda ditambah dengan kenaikan kos sara hidup.

Sekitar 2018, laporan daripada BNM memaparkan gaji minimum bagi individu bujang adalah pada kadar RM2,700.

Namun, angka yang dikeluarkan ini adalah anggaran gaji kehidupan wajar bukan pendapatan median.

Tujuan gaji kehidupan wajar itu diperkenalkan adalah sebagai garis panduan untuk majikan mempertimbangkan jumlah gaji pekerja mengikut tahap kehidupan minimum yang berpatutan.

Baca Artikel Berkaitan: Ranking Gaji Minimum: Malaysia Di Tangga Ke-59 Dengan RM1,323 Sebulan

Baca Artikel Berkaitan: PM Umum Pelaksanaan Gaji Minimum RM1,500 Mulai 1 Mei

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago