fbpx
Now Reading
Ranking Gaji Minimum: Malaysia Di Tangga Ke-59 Dengan RM1,323 Sebulan

Ranking Gaji Minimum: Malaysia Di Tangga Ke-59 Dengan RM1,323 Sebulan

Laporan kajian yang dibuat oleh Picodi Malaysia turut mengkaji perbandingan gaji bersih minimum dengan kenaikan harga barangan runcit asas serta kos sara hidup.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia berada di kedudukan ke-59 daripada 67 negara dalam ranking gaji bersih minimum bagi Januari 2024 ini.

Menerusi satu laporan kajian yang dibuat oleh perkhidmatan beli-belah, Picodi Malaysia, kadar gaji bersih minimum di negara ini adalah sebanyak RM1,323 sebulan. Namun jumlah tersebut tidak mencatatkan sebarang peningkatan atau penurunan berbanding tahun lepas.

Laporan tersebut dikeluarkan semalam (16 Januari) di laman sesawang Picodi Malaysia yang bertajuk ‘Gaji minimum di seluruh dunia: di manakah anda boleh hidup dengan gaji minimum?’.

Kaji perbandingan gaji bersih minimum dengan kenaikan harga barang

Selain itu, Picodi Malaysia juga mengkaji perbandingan gaji bersih minimum dengan kenaikan harga barangan runcit asas serta kos sara hidup.

Lapor kajian itu, nilai bakul beli-belah pada Januari tahun ini meningkat kepada 7.9% berbanding Januari 2023.

“Sebakul produk makanan asas yang diperlukan untuk menjalani kehidupan adalah berharga RM 437.58 iaitu 33.1% daripada gaji minimum (tempat ke-48 dalam ranking).

“Pada awal tahun 2023, ia mencatatkan sebanyak 30.6% daripada gaji minimum. Ini bermakna kenaikan gaji minimum Malaysia tidak seiring dengan kenaikan harga makanan,” katanya.

5 negara duduki tangga atas dalam peningkatan gaji bulanan minimum

Untuk info, lima negara yang menduduki anak tangga tertinggi dalam ranking peningkatan gaji bulanan minimum pada Januari 2024 ialah:

  1. Argentina meningkat 128.4% (AS$297)
  2. Turkiye meningkat 99.9% (AS$596)
  3. Nigeria meningkat 83.3% (AS$68)
  4. Pakistan meningkat 29.3% (AS$114)
  5. Moldova meningkat 23.1% (AS$239)

Negara jiran Indonesia juga mencatatkan peningkatan gaji bersih minimun sebanyak 7.1% iaitu AS$187 sebulan dan Thailand pula meningkat 2.4% atau AS$203.

6 Negara hanya guna 10% daripada gaji minimum untuk beli barang keperluan asas.

Dalam pada itu, kajian terbabit menjelaskan nisbah bakul runcit berbanding gaji minimun yang paling selesa boleh didapati di United Kingdom, Ireland, Belanda, Australia, Luxembourg dan New Zealand.

Jelasnya, para pekerja di negara-negara berkenaan hanya membelanjakan kurang daripada satu per 10 daripada gaji minimun untuk membeli keperluan barangan runcit.

Jika ingin dibandingkan, sudah pasti Malaysia jauh ketinggalan, namun negara ini lebih tinggi daripada Pakistan, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Tidak hanya itu, ada juga negara yang menggunakan lebih daripada separuh gaji minimum untuk membeli barang keperluan asas seperti di Kazakhstan, India, Vietnam dan Armenia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.