fbpx
Now Reading
Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Definisi cantik atau kacak itu semestinya berbeza bagi setiap individu. Ada yang cakap kulit putih sebagai cantik dan ada yang berpandangan lelaki yang memiliki ‘jawline’ sebagai kacak.

Bagaimanapun ada juga yang berpandangan sebaliknya, maka benarlah kecantikan dan ketampanan untuk hanyalah subjektif.

Kebanyakan lelaki Kelantan dipuji miliki paras rupa yang kacak

Pun begitu, rata-rata pengguna media sosial di Facebook dilihat berpandangan bahawa kebanyakan lelaki berasal dari negeri Kelantan mempunyai paras rupa yang kacak.

Memetik Kosmo, perkara itu mula dikongsikan oleh netizen selepas pemilik akaun Facebook Adham memuat naik satu hantaran pada baru-baru ini yang menanyakan negeri mana mempunyai kaum lelaki yang kacak (handsome) dan kelakar untuk dijadikan pasangan.

Raih lebih 12,000 komen, separuh daripadanya mendakwa lelaki Kelantan paling kacak

Siapa sangka, pertanyaan lelaki itu telah mendapat reaksi ramai pengguna Facebook apabila meraih lebih daripada 12,000 komen.

Lebih mengejutkan, separuh daripada jumlah keseluruhan komen yang diterima mengatakan lelaki Kelantan paling kacak.

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

Foto: Facebook/The Red Warriors

Kebanyakan lelaki Kedah miliki perwatakan yang kelakar

Pada masa sama, kebanyakan komen juga mendakwa bahawa kebanyakan lelaki di negeri Kedah mempunyai perwatakan yang kelakar.

Malah ada juga yang menyifatkan rata-rata lelaki di bahagian utara Malaysia menghiburkan kerana dialek yang digunakan mereka.

Foto: Facebook/Kedah Darul Aman FC

“Orang Kelantan paling elok (kacak) sebab ada yang kacukan Siam. Memang kalau pandang tu ramai wanita ‘cair’. Tetapi orang Kedah paling ‘sempoi’, kelakar. Tengok la siapa YB (Yang Berhormat) Menteri Kedah,” kata Asyikin.

“Bagi aku lelaki Kelantan memang paling ada rupa. Dekat uni (universiti) aku pun memang geng Kelantan ini yang paling nampak segak siap pakej comel. Kalau bab lelaki yang kelakar, aku rasa orang utara. Dialek mereka pun aku dah rasa terhibur,” ujar Nurul Ain.

“Aku yang lelaki pun suka tengok geng Pantai Timur. Kalau ada campuran Kelantan-Siam memang lagi segak. Putih-putih kulit pun. Lelaki paling kelakar sudah pasti orang Kedah macam aku. Tak percaya hampa (kalian) datang Kedah, mesti kering gusi banyak gelak,” kata Amirul Asyrik.

“Kelantan, Perak ramai lelaki handsome. Orang Kedah paling kelakar, kalau orang Johor, Kuala Lumpur pandai bergaya,” kata Balqish.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.