fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak Bawah 13 Tahun Tak Dibenarkan Miliki Media Sosial, MCMC Berhak Tutup Akaun – Fahmi

Kanak-Kanak Bawah 13 Tahun Tak Dibenarkan Miliki Media Sosial, MCMC Berhak Tutup Akaun – Fahmi

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil Ibu bapa diminta memaklumkan kepada MCMCM untuk menutup sesebuah akaun media sosial sekiranya ada kanak-kanak di bawah 13 tahun memilikinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan teknologi yang semakin maju di arus permodenan ini bukan hanya dinikmati oleh golongan dewasa sebaliknya kanak-kanak.

Malah gaya kehidupan generasi baru ini juga sudah berbeza apabila wujudnya ‘media sosial’ di mana mereka banyak menghabiskan masa terluang di platform seperti TikTok, Instagram, YouTube serta banyak lagi.

Bukan hanya itu, ada juga kanak-kanak yang turut memiliki akaun sendiri bagi memudahkan mereka mengakses platform berkenaan. Namun perkara ini sedikit sebanyak membimbangkan, kerana di usia seawal ini mereka belum dapat menilai baik buruk sesuatu kandungan terhadap diri sendiri.

MCMC bagi peringatan kepada ibu bapa kanak-kanak bawah 13 tahun tak dibenarkan ada akaun media sosial

Terbaharu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memberi peringatkan kepada semua ibu bapa untuk memastikan anak-anak yang berusia bawah 13 tahun tidak mempunyai sebarang akaun media sosial.

Jelas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil MCMC mendapati mereka tidak sesuai untuk berada di platform berkenaan.

Malah, kebanyakan syarat aplikasi di media sosial turut tidak membenarkan kanak-kanak yang di bawah umur daripada memiliki akaun.

“Kepada parents (ibu bapa) yang hadir pada malam ini, saya beri peringatan daripada MCMC, anak-anak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun TikTok, Facebook, Instagram atau mana-mana akaun media sosial lain.

“Sekiranya ada (anak-anak bawah 13 tahun memiliki akaun media sosial), ibu bapa tolong maklum kepada saya, MCMC. Kita akan akan shut down (tutup) akaun tersebut,” jelasnya lagi lapor Bernama.

Pertemuan bersama Meta dan Telegram sudah dilakukan untuk kemukakan perancangan tangani isu pemilikan

Jelas Fahmi ketika ini pihak media sosial telah menyerahkan sepenuhnya pendaftaran pembukaan sesebuah akaun itu secara terus kepada pengguna tanpa perlu membuktikan usia mereka sudah melebihi daripada syarat yang ditetapkan.

Sehubungan itu, pihaknya sudah mengadakan pertemuan bersama pihak berkaitan seperti Meta yang mentadbir aplikasi Facebook, Instagram, dan WhatsApp termasuk pihak Telegram bagi mengemukakan perancangan menangani isu pemilikan akaun ini di kalangan kanak-kanak bawah umur ini.

“Kita lihat ada beberapa perkara daripada pihak media sosial yang perlu dimaklumkan kepada kita dahulu. Harapan saya menjelang awal Mei ini, akan ada pengumuman mengenai perbincangan dengan semua platform media sosial khususnya berhubung keselamatan dalam talian berkait kanak kanak.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.