fbpx
Now Reading
Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap ibu bapa pastinya ingin melihat anak yang disayangi berjaya dan dapat mengecapi kebahagian dalam hidup bersama pasangannya.

Malah ada juga segelintir ibu bapa yang menemukan jodoh anak mereka menerusi pertemuan yang diadakan bersama anak saudara-mara atau rakan.

Wanita culik kanak-kanak 11 tahun untuk jadikan menantu

Namun berbeza dengan seorang wanita di China apabila dia sanggup menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun untuk dijadikan sebagai menantu kepada anak lelaki sulungnya yang berumur 27 tahun.

Tindakan tersebut dilakukan oleh wanita yang dikenali sebagai Yang dan anak lelakinya selepas keluarga kanak-kanak yang tinggal di Liupanshui berkenaan menolak pinangan mereka.

Perbuatan Yang bagaimanapun telah menyebabkan mereka telah dihukum penjara. Malah kes itu turut menjadi tular di media sosial negara berkenaan tentang isu antara perkahwinan kanak-kanak dengan undang-undang moden.

Rancang culik sewaktu kanak-kanak tinggal berseorangan di rumah

Wanita terbabit besama anaknya telah merancang menculik kanak-kanak berkenaan sewaktu dia berada berseorangan di rumah, malah mereka berjaya mengelak daripada pihak berkuasa selama enam hari sebelum lokasi Yang dikesan, lapor Thaiger.

Memetik laporan Oddity Central, Yang telah membawa kanak-kanak perempuan berkenaan ke rumahnya yang terletak di Yunan selama enam hari sebelum ditahan. Manakala anak Yang pula tampil menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas empat hari.

Wanita dijatuhi hukuman selama 2 tahun manakala anak lelakinya dipenjara 7 bulan

Pada 15 Disember tahun lalu, dua beranak itu telah dijatuhi hukuman penjara iaitu Yang selama dua tahun dan anaknya pula tujuh bulan. Meskipun membuat rayuan terhadap hukuman tersebut namun mahkamah rayuan mengekalkannya pada awal bulan lalu.

Kes serta hukuman yang dikenakan oleh mahkamah bagaimanapun telah menjadi perhatian ramai di media sosial negara berkenaan.

Sebahagian besar mendakwa bahawa hukuman itu terlalu mudah untuk jenayah yang dilakukan dua beranak terbabit.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.