fbpx
Now Reading
Kalau Dah Namanya Rezeki, Menantu Dapat Hadiah Gelang Emas Daripada Ibu Mentua [Video]

Kalau Dah Namanya Rezeki, Menantu Dapat Hadiah Gelang Emas Daripada Ibu Mentua [Video]

Difahamkan, selain wanita berkenaan, ibu mentuanya turut menghadiahkan gelang emas itu kepada semua menantunya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perkahwinan bukanlah penyatuan dua jiwa semata-mata namun ia juga merupakan penyatuan dua buah keluarga yang berbeza.

Bagi segelintir individu, selain rasa cinta kepada pasangan, layanan ahli keluarga terhadap mereka juga menjadi antara kriteria yang dinilai sebelum berkahwin dengan seseorang.

Ini kerana ada segelintir yang tidak dikurniakan keluarga mentua dan ipar duai yang baik. Namun, masih ada yang dikurniakan rezeki mendapat keluarga mentua yang baik layanannya.

Ibu Mentua Beri Gelang Emas Kepada Menantu Perempuan

Menerusi video di akaun TikTok @syahidahirsa, wanita yang dikenali sebagai Syahida itu berkongsi momen indah ketika menerima hadiah daripada ibu mentuanya.

Difahamkan, hadiah berupa gelang emas itu diberi oleh ibu mentuanya kepada dia dan semua menantu perempuan.

Melalui video yang dikongsikan, kelihatan Syahida berasa teruja dan gembira ketika menerima pemberian tersebut.

Malah, dia juga terus memeluk dan mengucapkan terima kasih kepada ibu mentuanya itu.

“Insya-Allah, rezeki yang sentiasa didoakan, semoga murah lagi rezeki dan dipermudahkan urusan mak mentua,” tulis wanita berkenaan.

@syahidahirsa

InsyaAllah the best rezeki one could ever doa for 🥹🤍 semoga murah lagi rezeki dipermudahkan segala urusan my mak mertua

♬ Long Live by Taylor Swift – Marynne

Warganet Tumpang Gembira

Video yang mendapat tontonan lebih 850 ribu itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata daripada mereka tumpang gembira melihat video tersebut.

Malah, kebanyakan daripada mereka turut berkongsi detik indah bersama ibu mentua dengan cara mereka tersendiri.

Namun, ada juga yang mendoakan agar diberi peluang dan rezeki mendapat ibu mentua yang baik kerana mereka tidak pernah berasa sedemikian.

Berikut antara komen warganet:

Rezeki, Satu Dalam Sejuta Emak Mentua Macam Ni

Emak Mentua Satu Dalam Sejuta Ni

Mentua Yang Baik Adalah Satu Keinginan Bagi Semua Perempuan

Aku Doakan Semoga Emak Mentua Aku Baik & Boleh Terima Menantu

Emak Mentua Tak Bagi Gelang Emas Pada Saya, Tapi Bagi Pada Cucu Dia

Baca Artikel Berkaitan: Meski Berbeza Agama, Ibu Mentua Tunai Hajat Menantu Nak Makan Nasi Tomato Untuk Buka Puasa [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bakal Mak Mentua Kutuk Lelaki Beli Cincin Tunang Berharga RM12,000

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.