fbpx

Meski Berbeza Agama, Ibu Mertua Tunai Hajat Menantu Nak Makan Nasi Tomato Untuk Buka Puasa [Video]

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut terharu dan kagum dengan hubungan yang dimiliki keluarga ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seseorang yang bergelar ibu itu memang kaya dengan sifat penyayangnya, tidak kiralah apa jua permintaan anak mahupun menantu pasti akan cuba ditunaikan dengan sebaiknya.

Begitu jugalah dengan kisah seorang ibu mertua yang berbangsa india ini apabila sanggup memasakkan nasi tomato yang diminta oleh menantunya sebagai juadah berbuka puasa.

Teringin nak makan nasi tomato

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh @hajarangelique, dia telah pulang ke rumah mertuanya pada minggu yang lalu serta berkesempatan untuk meraikan bulan Ramadan bersama-sama.

Dia kemudian memberitahu ibu mertuanya itu bahawa dia teringin untuk makan nasi tomato dan tanpa berlengah ibunya segera ke dapur dan menyediakan makanan tersebut sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur.

“Balik rumah mertua hujung minggu lalu.

“Last minute minta nak nasi tomato, mak mertua terus masak dan bekalkan untuk bawa balik KL untuk buka puasa,” katanya.

‘Terima kasih Mommy..’

@hajarangelique dalam masa sama yang turut menzahirkan rasa syukurnya dan berterima kasih kerana ibu mertuanya itu sanggup memasakkan makanan tersebut meskipun wanita itu tidak berpuasa.

“Terima kasih Mommy siapkan hidangan berbuka walaupun Mommy tak puasa,” ujarnya lagi.

Lebih menarik lagi, walaupun mereka berlainan bangsa dan agama tetapi mereka saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

‘Kepelbagaian kaum di dalam keluarga ini turut mendapat pujian netizen’

Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen kagum dengan hubungan harmoni yang dimiliki oleh wanita ini bersama dengan keluarga mertuanya, dan ada juga yang mendoakan kebahagian mereka sekeluarga.

‘Bestnya dapat mertua baik’

‘Semoga tuhan memberkati keluarga awak’

Setakat ini video yang berdurasi selama 30 saat ini telah mendapat sebanyak 1.6 million tontonan, 105 ribu tanda suka, 1731 komen serta 874 perkongsian di TikTok.

Menerusi penelitian kami di beberapa video berbeza suami kepada wanita tersebut merupakan seorang ‘Chindian’ kerana ibunya berbangsa India manakala bapanya pula berbangsa Cina.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.