fbpx
Now Reading
Ustaz Kongsi Cara Nak Khatam Al-Quran Setiap Hari Dalam 10 Ramadan Terakhir [Video]

Ustaz Kongsi Cara Nak Khatam Al-Quran Setiap Hari Dalam 10 Ramadan Terakhir [Video]

Menurut Ustaz Jafri, sekiranya seseorang itu tidak mampu untuk khatam al-Quran dengan bacaan yang sempurna maka boleh mengikut cara yang disarankan Nabi SAW untuk membaca surah al-Ikhlas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@jafrimahmoodi_off/video/7354029191483903240?_r=1&_t=8lG9xeqojtU

Selepas beberapa minggu berpuasa tanpa sedar hari ini kita telah masuk ke hari 26 Ramadan.

Ini secara tidak langsung menunjukkan umat Islam di seluruh negara sudah berada di 10 Ramadan terakhir di mana ramai yang sedang sibuk memperbanyakkan lagi ibadah mereka untuk mengejar malam Lailatul Qadar.

Oleh itu, ada yang menunaikan solat Tarawih, bersedekah, mengaji dan banyak lagi. Malah setiap kali tibanya bulan Ramadan ramai yang mengambil peluang untuk khatam membaca al-Quran.

Ustaz Jafri ajar cara nak khatam al-Quran setiap malam

Baru-baru ini, Ustaz Jafri Mahmoodi telah berkongsi beberapa cara yang boleh dilakukan untuk khatam membaca al-Quran pada setiap malam untuk 10 Ramadan terakhir.

“Bayangkan kalau kita khatam al-Quran, malam tu Lailatul Qadar. Subhanallah macam kita khatam lebih daripada 84 tahun,” ujarnya.

Baca surah al-Ikhlas umpama sepertiga al-Quran

Menurutnya sekiranya seseorang itu tidak mampu khatam al-Quran dengan bacaan yang sempurna maka mereka boleh melakukan dengan cara yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW untuk membaca surah al-ikhlas.

“Bukankah sabda Rasululllah SAW satu (bacaan) surah Al-Ikhlas itu seumpama sepertiga daripada al-Quran.

“Maka kita baca tiga kali. Maka sempurnalah penilaian seperti kita mengkhatamkan al-Quran pada malam tersebut.”

Jangan tinggalkan baca al-Quran seperti biasa

Oleh itu, Ustaz Jafri mengingatkan orang ramai untuk tidak meninggalkan bacaan surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya tiga kali.

Malah dia juga berharap semoga bacaan itu kita semua mendapat nilaian seperti mengkhatamkan al-Quran pada malam berkenaan.

“Pun begitu beliau janganlah tinggal baca al-Quran yang sungguh-sungguh tu, nanti tak baca al-Quran pula kan. Yang itu kita teruskan, yang ini sebagai tambahan,” jelasnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.