fbpx
Now Reading
Kemeriahan Makanan ‘Destinasi Rasa’ Di Le Méridien Putrajaya Tarik Perhatian Pengunjung [Review]

Kemeriahan Makanan ‘Destinasi Rasa’ Di Le Méridien Putrajaya Tarik Perhatian Pengunjung [Review]

Apa yang paling menarik pengunjung setiap kali berbuka puasa di sini adalah Sashimi yang seperti pisang goreng panas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya.

Namun di akhir Ramadan ini pasti ada yang ingin mengambil peluang untuk berbuka di luar bersama rakan atau keluarga sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Oleh itu, pasti ada di antara korang yang sedang mencari di manakah restoran, kafe atau hotel yang menawarkan bufet Ramadan pada harga yang berpatutan khususnya bagi mereka yang duduk di sekitar kawasan Lembah Klang.

Destinasi Rasa tawar lebih 100 jenis makanan

Baru-baru ini, team BuzzKini berpeluang untuk merasai pengalaman berbuka secara bufet di ‘Destinasi Rasa’, Le Méridien Putrajaya.

Bercakap tentang bufet di bulan Ramadan, hotel ini turut menawarkan lebih 100 jenis makanan yang terdiri daripada masakan Melayu sehinggalah Jepun.

Bufet yang ditawarkan ini telah berlangsung daripada 26 Februari sehingga 9 April tahun ini.

Antara makanan yang menarik di hidangkan di Destinasi Rasa adalah:

  • Asam pedas ikan dan daging
  • Gulai kawah daging
  • Gulai kawah kambing
  • Daging dendeng
  • Ayam masak merah
  • Ayam percik
  • Masak kurma
  • Ikan goreng berempah
  • Kambing Golek
  • Sate
  • Salad bar
  • Ulam-ulaman dan banyak lagi

Bukan hanya itu, apa yang istimewa, di sini mereka juga turut mempunyai pelbagai jenis makanan seperti:

  • Apam balik
  • Pelbagai jenis air minuman
  • Lebih daripada 3 jenis pilihan ais krim
  • Sashimi
  • Bufet makanan laut
  • Kuetiau
  • Dim sum
  • Loklok
  • Satar
  • Chocolate Fountain
  • Sup berempah
  • Roti canai
  • Western

Sashimi antara tumpuan ramai pengunjung

Menerusi pengalaman kami sepanjang berbuka puasa di Le Méridien Putrajaya tak dinafikan ia tidak hanya menawarkan pelbagai jenis makanan yang lazat, malah memberikan vibe Ramadan yang meriah.

Dapat dilihat hampir kebanyakan meja telah dipenuhi dengan pengunjung daripada pelbagai golongan seperti warga emas, dewasa dan juga kanak-kanak.

Jika kebanyakan bufet di bulan Ramadan ramai yang akan memberi tumpuan kepada kambing golek tetapi di sini sashimi dan Japanese bar menjadi tumpuan ramai. Boleh dikatakan sashimi itu seperti pisang goreng panas. Letak-letak habis!

Bukan hanya itu, makanan western yang ditawarkan juga menarik kerana ia mempunyai pelbagai variasi seperti ayam, kambing dan juga daging.

Pengalaman berbuka puasa bufet Ramadan yang berbaloi dengan harga

Selain makanan yang sedap korang juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian yang disediakan pihak hotel.

Secara keseluruhan dari segi makanan kami sangat berpuas hati kerana ia tidak hanya mementingkan kuantiti malahan kualiti banyak. Malah mereka juga sentiasa menambah mana-mana makanan yang dilihat sudah berkurangan.

Maka berbaloi jika bawa keluarga atau rakan-rakan untuk berbuka di sini.

Walau bagaimanapun, apabila bercakap mengenai reviu pastinya ia sesuatu yang subjektif kerana kami merasakan bufet ini wajar dilakukan di kawasan yang lebih besar dan luas.

Ini bagi membolehkan pengunjung bergerak dalam keadaan yang lapang dan selesa. Selain itu, meja juga boleh disusun sedikit jauh antara meja lain.


Bagi yang berminat untuk merasai pengalaman menarik berbuka di sini, harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan jenis hidangan iaitu RM188 untuk dewasa manakala bagi kanak-kanak RM95.

Untuk sebarang tempahan, korang juga boleh klik link di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.