fbpx
Now Reading
“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan Ming Youn berkata dia ingin berkhidmat untuk negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (28 April), Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024 telah berlangsung di Pantai Betutu Laut, Sungai Udang, Melaka.

Seramai sembilan orang pegawai dan 60 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah dianugerahkan dengan Beret Hijau Gerak Khas serta Pisau Komando.

Upacara penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah.

Satu-Satunya Individu Berbangsa Cina Yang Tamat Kursus Asas Komando GGK 2024

Salah seorang yang menerima anugerah tersebut adalah Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RDD).

Dia merupakan satu-satunya penuntut berbangsa Cina yang menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) bagi tahun ini.

Menerusi video temu bual oleh Berita Tentera Darat Malaysia, Chan yang berusia 25 tahun berasal dari Setapak, Kuala Lumpur dan merupakan pemegang ijazah sarjana muda perakaunan dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Foto: BTDM

Ingin Jadi Komando Hingga Akhir Hayat

Chan sebelum ini merupakan anggota 515 Askar Wataniah, di mana dia pertama kali menceburi dunia ketenteraan.

Setelah diperkenalkan dengan Komando, dia kemudiannya menyertai Kursus Asas Komando GGK untuk mencabar dirinya.

Chan berkata matlamatnya adalah untuk terus berkhidmat dalam Komando di samping menambah ilmu pengetahuan dengan menyertai kursus-kursus kepakaran.

“Saya berharap saya boleh terus berkhidmat menjadi seorang Komando yang berkualiti dan sentiasa menjaga nama baik Komando sehingga ke akhir hayat saya,” katanya dipetik Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM).

Foto: BTDM

“I Want To Serve My Country!” – LM Chan Ming Youn

Ketika menganugerahkan Beret Hijau, Mejar Jeneral Adi telah bertanya apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera. Chan berkata dia ingin berkhidmat untuk negaranya.

“I want to serve my country, Panglima!”

Leftenan Muda Chan Ming Youn

Mejar Jeneral Adi juga berkata sudah lama tidak ada individu berbangsa Cina yang lulus Kursus Asas Komando tersebut dan kebanyakan daripada mereka berpangkat pegawai.

@btdmonline_official

Lt M Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan latihan selama 12 minggu setelah mengharungi pelbagai peringkat latihan dan telah disempurnakan oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mej Jen Adi Ridzwan Abdullah #komando2024 #kursusasaskomando #tenteradarat #chanmingyoun

♬ original sound – Berita Tentera Darat Malaysia – Berita Tentera Darat Malaysia
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.