fbpx
Now Reading
Elakkan Plastik, Guna Mangkuk Tingkat Untuk Tapau Makanan Di Bazar Ramadan & Ketika Hari Raya

Elakkan Plastik, Guna Mangkuk Tingkat Untuk Tapau Makanan Di Bazar Ramadan & Ketika Hari Raya

Mangkuk tingkat bukan sahaja simbol kepada kasih sayang terhadap keluarga sebaliknya ia juga menunjukkan apresiasi kita kepada bumi untuk menyelamatkannya daripada terus musnah kerana beg plastik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bazar Ramadan cukup sinonim dengan bulan puasa, meskipun ia hanya datang setahun sekali sambutannya amatlah menggalakkan bukan sahaja di kalangan Muslim malahan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Buat pencinta makanan, bazar Ramadan menjadi pilihan kerana terdapat pelbagai makanan tradisi rakyat Malaysia yang dijual termasuklah dari bangsa Melayu, Cina dan India seperti kuih-muih, kuetiau, nasi kandar, martabak dan banyak lagi.

Namun pilihan makanan tidak terhenti di situ sahaja, sebaik Ramadan melabuhkan tirai, Hari Raya Adifiltri pula akan menjelma sebagai pelengkap bulan mulia itu.

Sama seperti Ramadan, 1 Syawal di negara ini juga tidak lengkap tanpa juadahnya yang tersendiri seperti lemang, ketupat, rendang dan lain-lain lagi.

Namun di sebalik lambakan juadah-juadah lazat ini, satu isu yang sering dibangkitkan khususnya ketika ke bazar Ramadan atau membeli persiapan raya seperti lemang adalah penggunaan beg plastik – yang kita semua tahu tidak sesuai untuk kebaikan alam sekitar dan bumi.

Ini jelas dilihat apabila ramai yang pulang dengan menjinjing pelbagai jenis beg plastik bagi membungkus makanan mereka.

Umum pasti mengetahui beg plastik mengambil masa puluhan tahun untuk dilupuskan.

Bukan itu sahaja, penggunaan plastik konvensional boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan dan alam sekitar. Justeru, kita harus melakukan inisiatif untuk menyelamatkan bumi dengan membawa beg atau bekas yang mesra alam.

Mangkuk Tingkat bekas sempurna untuk bawa ke bazar Ramadan

Berbanding plastik, kaedah terbaik yang boleh dilakukan oleh pembeli untuk membawa pulang makanan apabila ke bazar atau semasa beraya adalah dengan menggunakan bekas pakai semula, sebagai contoh Mangkuk Tingkat!

Melihat dari fizikal mangkuk tingkat itu sendiri ia merupakan peralatan yang sempurna untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Sudah digunakan sejak dahulu lagi

Bercerita tentangnya tahukah anda, mangkuk tingkat merupakan barangan tradisi yang sudah diguna pakai masyarakat Malaysia sejak di zaman nenek moyang lagi?

Dengan menggunakannya kembali, kita secara tidak langsung dapat mengekalkan tradisi nenek moyang yang sebelum ini sentiasa menggunakan mangkuk tingkat untuk mengirim dan membawa makanan meskipun dunia masa kini sudah menjalani arus pemodenan.

Mangkuk tingkat simbol kasih sayang antara keluarga

Untuk makluman mangkuk tingkat sering dijadikan sebagai simbol kepada kasih sayang, perkongsian dan keberkatan. Jika makanan tersebut disediakan si isteri kepada suaminya ia umpama wanita menghargai ketua keluarganya.

Manakala makanan yang disediakan oleh ibu untuk si anak, sebagai tanda kasihnya mereka kepada yang tersayang.

Begitu juga, apabila ada ahli keluarga yang melakukan perkara sama dengan membawa mangkuk tingkat yang berisi makanan pulang ke rumah.

Sejarah mangkuk tingkat

Menurut Harian Metro, penggunaan mangkuk tingkat di Tanah Melayu bermula pada era British yang dibawa masuk daripada India sekitar tahun 1800.

Dikenali sebagai Dabbas di sana, ia kemudian bertukar menjadi tiffin box atau tepen yang bermaksud bekas berisi makanan ringan. Sejak dari itu, ia mula menjadi terkenal dan ikutan oleh masyarakat di negara ini.

Berbalik kepada penggunaan mangkuk tingkat, ia patut diamalkan semula sekali gus menjadi inisiatif dalam menyelamatkan bumi daripada pencemaran plastik.

Kekalkan tradisi dan ziarah sanak-saudara di Hari Raya dengan bawa mangkuk tingkat

Memandangkan raya pun sudah hampir tiba, anda juga boleh menggunakan mangkuk tingkat ini sebagai buah tangan apabila pergi menziarah ke rumah sanak saudara nanti.

Bukan sahaja dapat kekalkan tradisi tapi anda juga tak adalah datang dengan tangan kosongkan?

Nak menang mangkuk tingkat?

Psst, kami juga ada berita baik nak beritahu anda! Sempena dengan Ramadan dan Hari Raya yang bakal tiba, anda juga berpeluang untuk memenangi mangkuk tingkat yang kami beri nama ‘Joyful Tingkat’ sebagai simbolik kegembiraan.

Nak tahu caranya?

Tonton video Instagram di bawah, kemudian sebut (tag) tiga rakan korang pada ruangan komen serta kongsikan kenangan memori semasa Ramadan atau Hari Raya Aidilfitri yang tidak dapat korang lupakan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.