fbpx
Now Reading
Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru dibelinya di sebuah kedai di Perak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali tibanya Hari Raya pasti ramai peniaga yang mengambil kesempatan untuk menjual makanan raya seperti lemang, rendang, dodol serta banyak lagi.

Tidak kira di mana sahaja penjualannya pasti mendapat sambutan memandangkan orang ramai masih lagi dalam ‘mood’ raya.

Ketika di hari lebaran inilah orang ramai mahu menjamu makanan seperti lemang dan rendang. Bukan hanya itu, ada juga yang membuat rumah terbuka dan membeli makanan ini sebagai salah satu juadah untuk dihidangkan.

Pelanggan terkejut jumpa katak dalam lemang

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang pelanggan yang masih ingin menikmati hidangan Hari Raya dengan membeli lemang di sebuah gerai yang biasa dibelinya.

Namun apa yang mengejutkan, pelanggan berkenaan menemui seekor katak berada di dalam lemang yang dibelinya.

Menerusi video yang tular di Facebook, pelanggan tersebut cuba menguis-guis untuk mengenal pasti adakah benar haiwan yang dilihat berada pada lemang itu adalah katak.

“Betul katak lah. Masyaallah,” kata pelanggan lelaki itu.

Malah turut dapat dilihat dalam video secara jelas katak itu masih berada dalam keadaan sempurna dan lengkap dengan empat kaki.

Tak sangka kisah yang hanya didengar dari orang ramai terjadi pada diri sendiri

Katanya sebelum ini dia hanya mendengar kisah orang ramai bercerita tentang pengalaman mereka yang terbeli lemang lengkap dengan pakej katak namun tidak sangka terkena pada diri sendiri.

“Dah makan nak habis sebatang, hujung-hujung jumpa katak. Berhati-hati lah awak semua bila membeli lemang tu.”

Beli lemang untuk bawa balik ke KL

Jelas pelanggan berkenaan dia membeli sebanyak dua batang lemang di kedai yang dipercayai di Perak untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Menurutnya sebelum ini, setiap tahun dia membeli lemang di kedia berkenaan dan semua tidak ada masalah dan rasa sedap namun kali ini dia kurang bernasib baik kerana terbeli lemang yang mengandungi katak di dalamnya.

Dia walau bagaimanapun memohon maaf atas hantaran yang dibuat dan minta untuk berhati-hati ketika membuat lemang selepas ini.

“Tak apalah saya halalkan. Terima kasih,” katanya lagi.

Hasil carian kami dipercayai kedai lemang yang dibeli oleh pelanggan ini berada di Manjung, Perak dan hantaran asal dibuat oleh Ori San sebelum dikongsikan oleh grup Facebook yang lain.

Ramai menyangka mungkin katak masuk selepas buluh dibersihkan dan diletakkan daun pisang

Melihat di ruangan komen, video itu telah menarik perhatian ramai. Malah ada yang berpendapat katak tersebut mungkin melompat masuk ke dalam buluh selepas peniaga memasukkan daun pisang ke dalamnya sebelum mengisi beras pulut dan dibakar.

Tidak kurang juga ada yang sempat berseloroh dengan mengatakan pelanggan tidak perlu membeli rendang yang kebiasaannya dijual berasingan dengan lemang.

Sekitar dua minggu lalu, seorang pelanggan turut berkongsi perkara sama selepas terjumpa katak di dalam lemangnya.

Walau bagaimanapun, pelanggan berkenaan tidak mendedahkan lokasi dia membeli lemang berkenaan.

“Mungkin buluh dah dibersihkan atau dimasukkan daun pisang, yang silapnya tak pemeriksa semula dalam buluh masa nak isi beras pulut”

“Beli lemang extra rendang”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.