fbpx
Now Reading
Blockout2024: Selepas Dibidas Awal Ashaari, Ini Respon Balas Wardina Safiyyah

Blockout2024: Selepas Dibidas Awal Ashaari, Ini Respon Balas Wardina Safiyyah

Awal Ashaari sebelum ini membidas tindakan Wardina yang meminta warganet menyenaraikan artis yang didakwa mempromosikan produk jenama pro-Israel.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin.

Selain berdoa, menderma atau berkongsi hantaran berkaitan kekejaman rejim Zionis, kini kempen Blockout 2024 juga menjadi antara cara seseorang dalam menujukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Secara dasarnya, kempen ini dilakukan dengan memboikot artis dan pempengaruh yang dilihat tidak menunjukkan sokongan serta dipercayai bekerja dengan jenama pro-Israel.

Bukan sahaja orang biasa, namun ada kalangan anak seni yang turut lantang menyuarakan berkenaan kempen Blockout ini antaranya Wardina Safiyyah.

Namun, tindakan Wardina diselar oleh pengacara Awal Ashaari yang turut tersenarai dalam Blockout2024 dan menganggap pelakon wanita itu mahu mencipta kebencian dan memecah-belahkan golongan selebriti.

Malah, Awal Ashaari membidas tindakan Wardina yang meminta warganet menyenaraikan serta meletakkan nama-nama artis yang didakwa mempromosikan produk jenama pro-Israel di Instagram miliknya.

Bagi Awal, tindakan Wardina itu disifatkan seakan mahu memecah-belahkan golongan artis tempatan. Malah, dia juga turut mempersoalkan motif sebenar bekas pelakon sitkom Spanar Jaya itu.

Menerusi kenyataan itu juga, Awal meluahkan rasa terkilan kerana Wardina sendiri pernah menjadi duta kepada jenama-jenama pro-Israel.

Foto: Tangkap Layar Instagram Story Awal Ashaari

Wardina Balas Kenyataan Awal Ashaari, Enggan Cetus Pergaduhan

Membalas kenyataan Awal, Wardina menjelaskan dia tiada niat untuk memecah-belahkan golongan artis.

Menurut Wardina, niat sebenarnya hanyalah mahu selebriti menggunakan platform mereka untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu yang sedang berlaku.

“Jika kita ada platform, kita kena bersuara,” katanya.

Bagi Wardina, tindakan tersebut bukanlah satu cara untuk menyebarkan kebencian namun ia sebagai langkah untuk saling mengingatkan sesama manusia.

Rakyat Malaysia Boleh Perasan

Berhubung nama artis yang tular, jelas Wardina lagi, nama selebriti yang dikongsikan melalui Instagram miliknya bukanlah dibuat olehnya sendiri.

Namun, ia merupakan jawapan yang diberi oleh pengguna media sosial hasil dari soal jawab yang dibuat menerusi Instagram Story.

Malah, bekas pengacara dan model itu turut menjelaskan rakyat Malaysia peka dan perasan dengan tindakan setiap selebriti di negara ini.

“Sebenarnya katalah Kak Dina (Wardina) tak letak nama-nama tu semua, nama tu tetap ada dan akan ada.

“Rakyat Malaysia perasan, mereka mahu lebih daripada anda.

“Orang perasan, orang nampak. Walaupun bukan di story saya, mungkin orang lain boleh nampak di tempat lain juga,” jelasnya lagi.

Mahu Artis Guna Platform Untuk Bersuara

Tegas Wardina, dia tiada niat untuk mencetus pergaduhan namun apa yang dia mahukan adalah para artis menggunakan platform yang ada untuk bersuara mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan oleh masyarakat seluruh dunia.

Baca Artikel Berkaitan: Blockout2024: Mahu Pertahan Diri, Daiyan Trisha Dedah Beri Sumbangan RM100,000 Untuk Palestin

Baca Artikel Berkaitan: Tersenarai Dalam ‘Blockout’, Nadhir Nasar Mohon Maaf & Beri Penjelasan

Baca Artikel Berkaitan: Gerakan ‘Blockout’ Bermula, Netizen Nak Selebriti & Influencer Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.