“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]
Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa sambutan Hari Raya di sekolah itu berlangsung.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap kali tibanya lebaran, juadah makanan Hari Raya merupakan antara perkara yang sering dinanti-nantikan oleh orang ramai.
Antara makanan yang sering menjadi tumpuan apabila meraikan hari raya tentunya lemang, ketupat, nasi himpit bersama kuah kacang serta banyak lagi.
Malah setiap makanan ini juga dapat ditemui setiap kali anda beraya ke rumah sanak-saudara, rakan atau rumah terbuka.
Guru berbangsa India siap buatkan tosei untuk sambutan Hari Raya di sekolah
Namun sedikit berbeza dengan sambutan Hari Raya di sebuah sekolah ini apabila seorang guru berbangsa India menyediakan juadah yang unik iaitu Tosei.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Saiful Adli, awalnya kelihatan seorang pelajar yang memakai Baju Melayu berwarna merah sedang melihat proses tosei dimasak.
Malah dia juga sempat mengucapkan Selamat Hari Raya kepada perakam sebelum datang lagi seorang rakannya menghulur pinggan untuk mendapatkan tosei yang sudah dimasak.
Perakam turut menunjukkan guru yang bernama Inthira siap memakai pakaian tradisionalnya iaitu Sari semasa sedang memasak tosei berkenaan.
Mendapat permintaan ramai dari guru dan pelajar
Turut kelihatan tosei yang dibuatnya itu tidak hanya dinikmati oleh para pelajar tetapi para guru juga tak melepaskan peluang untuk merasainya.
Cikgu Inthira turut dibantu beberapa pelajar dalam menyediakan juadah tersebut seperti meletakkan kuah kari pada tosei yang telah siap dimasak untuk diberikan kepada orang lain.
Ramai yang teruja lihat menu tosei dihidangkan untuk majlis Hari Raya
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut teruja dengan juadah luar biasa yang dilakukan oleh guru berkenaan.
Malah ada juga yang menyifatkan cikgu Inthira sebagai seorang guru yang sangat baik dan sentiasa mengambil berat.