fbpx

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa mengenai siasayan yang sedang berlangsung terhadap anak lelakinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli tidak ditahan, sebaliknya hanya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini (30 April).

Pengendali akaun Facebook rasmi Mohd Shukri mengesahkan tentang perkara itu menerusi satu hantaran yang dibuat sebentar tadi.

“MB (Menteri Besar) tidak direman. Telah dibenarkan pulang selepas selesai memberi keterangan,” katanya.

MB Perlis dituduh ditahan oleh SPRM

Hantaran itu dimuat naik selepas media melaporkan MB Perlis itu telah ditahan oleh SPRM.

Menurut laporan itu, penahanan Mohd Shukri dibuat selepas beliau diminta hadir untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa mengenai siasatan yang sedang berlangsung terhadap anak lelakinya.

Pengarah Kanan BOK SPRM Putrajaya sahkan penahan MB Perlis itu

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi Berita Harian secara ringkas mengesahkan perkembangan itu, namun tidak mengulas lanjut.

Menurut BH yang memetik sumber, Mohd Shukri dipanggil untuk membantu siasatan kerana dipercayai terbabit salah guna kuasa dalam pentadbiran negeri itu semenjak PN menang mengambil alih pentadbiran negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada 2022 lalu.

Memetik Utusan Malaysia pula, Mohd Shukri dibenarkan pulang selepas tiga jam memberi keterangan pada agensi tersebut.

Difahamkan, beliau selesai memberi keterangan sekitar jam 1 petang.

Anak lelaki Mohd Shukri antara enam individu ditahan SPRM sebelum ini

Pada Rabu lalu (24 April), anak lelaki Mohd Shukri dilaporkan antara enam individu yang ditahan SPRM.

Anak beliau yang juga menantu kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang itu dikatakan ditahan bagi siasatan kesalahan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu.

Tuntut RM600,000 tapi kerja tak pernah dilaksanakan

Ia membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022 hingga hari ini yang dianggarkan bernilai RM600,000.

Pelaksanaan projek-projek tersebut telah menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak pernah dilaksanakan.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Tuntutan Palsu RM600,000, Anak Lelaki MB Antara Enam Suspek Direman SPRM

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.