fbpx
Now Reading
Penjawat Awam Ditahan SPRM Disyaki Kemuka Tuntutan Palsu Program Jualan Rahmah

Penjawat Awam Ditahan SPRM Disyaki Kemuka Tuntutan Palsu Program Jualan Rahmah

Individu yang merupakan penjawat awam telah mengemukakan tuntutan palsu berkaitan program Jualan Rahmah pada 2023 bernilai sekitar RM22,000.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu membabitkan rasuah atau mengemukakan dokumen palsu merupakan suatu perkara yang serius dan salah disisi undang-undang negara.

Malah gejala ini perlu dibendung dengan segera agar ia tidak menjadi barah yang merebak kepada individu lain untuk melakukan kesalahan yang sama.

Penjawat awam ditahan SPRM disyaki kemuka dokumen palsu mengenai program Jualan Rahmah tahun lepas

Terbaharu, seorang wanita yang juga penjawat awam telah ditahan pada 21 Januari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki membuat tuntutan palsu menggunakan dokumen invois membabitkan program Jualan Rahmah pada 2023 yang lalu.

Jumlah tuntutan palsu yang dikemukakan oleh wanita terbabit berjumlah sekitar RM22,000.

Suspek yang ditahan kemudiannya dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar pada pagi 22 Januari untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.

Penjawat awam direman selama 5 hari, jadi perancang utama

Susulan itu, Majistret Tuan Muhammad Zul Hilmi Latif kemudiannya membenarkan penjawat awam berkenaan direman selama lima hari sehingga 26 Januari.

Penjawat awam berusia 30-an itu telah ditahan sekitar jam 9.00 malam di Pejabat SPRM Kedah, pada awalnya dia telah diminta hadir bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan kes.

Invois dikemuka tak sama dengan laporan dikeluarkan KPDN Kedah

Menurut laporan Malaysia Gazette yang memetik sumber memaklumkan wanita berkenaan dipercayai menjadi perancang utama apabila berpakat dengan pemilik syarikat untuk menggunakan invois yang mengandungi butir matan palsu di mana kuantiti jualan melebihi daripada kuantiti sebenar yang terjual.

“Perkara ini dikesan setelah invois yang dikemukakan oleh suspek tidak sama dengan Laporan Ringkas Program Jualan Rahmah 2023 yang dikeluarkan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kedah,” ujarnya.

Perkara itu turut disahkan oleh Pengarah SPRM Kedah iaitu Soock Wee a/l Ei Tem berhubung penangkapan penjawat awam terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.