fbpx
Now Reading
Penjawat Awam Kini Hanya Dilantik Secara Kontrak Mulai 1 Februari

Penjawat Awam Kini Hanya Dilantik Secara Kontrak Mulai 1 Februari

Pelantikan secara kontrak ini akan dilaksanakan sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan bagi mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap orang mempunyai pilihan kerjaya masing-masing sama ada mahu melibatkan diri dalam sektor awam atau swasta.

Bagi kebanyakan individu di Malaysia, rata-rata daripada mereka memilih untuk bekerja di sektor awam kerana faedah dan kemudahan yang diperolehi sepanjang perkhidmatan.

Malah, ada yang mengimpikan pekerjaan dalam sektor tersebut kerana status tetap yang bakal diperolehi setelah diserap masuk.

Pelantikan Penjawat Awam Secara Kontrak Dalam Tempoh Interim

Terbaharu, kerajaan akan melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak bermula 1 Februari sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan bagi mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam negara.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, inisiatif tersebut masih lagi dalam fasa pindaan undang-undang dan dilihat mampu mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam tempoh jangka masa panjang.

Jelas beliau, ia juga selaras dengan komitmen negara dalam menangani isu peningkatan tanggungan pencen.

Ini bermakna mana-mana lantikan jawatan pegawai awam selepas 1 Februari adalah secara kontrak sahaja.

“Kerajaan melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2023, memutuskan supaya suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan.

“Jemaah Menteri juga bersetuju supaya dalam tempoh peralihan (interim) sebelum penguatkuasaan kaedah tersebut, pengambilan pegawai awam ke perjawatan tetap akan dilaksanakan secara lantikan kontrak (COS) berkuat kuasa mulai tahun 2024,” katanya yang dipetik dari Berita Harian.

Pelaksanaan Mengikut Peraturan MyPPSM

Tambah Wan Ahmad Dahlan lagi, kaedah pelaksanaan kontrak ini dibuat mengikut peraturan, pekeliling perkhidmatan serta kaedah yang sedang berkuatkuasa melalui MyPPSM Ceraian UP.1.1.1 Prosedur dan Dasar Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service).

“Dalam hal ini, lantikan kontrak (COS) yang dimaksudkan adalah lantikan kontrak Objek Sebagai (OS) 11000,” jelasnya lagi.

Beri Peringatan Kepada SPA Mematuhi Peraturan Yang Ditetapkan

Dalam pada itu, beliau turut memberi peringatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang berperanan sebagai Pihak Berkuasa Melantik (PBM) agar mematuhi dan melaksanakan ketetapan mengikut peraturan, pekeliling perkhidmatan dan kaedah semasa yang sedang berkuat kuasa.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.