fbpx
Now Reading
Mansuhkan Pencen Wakil Rakyat Dahulu, Kata CUEPACS

Mansuhkan Pencen Wakil Rakyat Dahulu, Kata CUEPACS

Menurut Presiden CUEPACS, Adnan Mat, kerajaan juga harus memastikan gaji yang diterima hari ini mampu memberi kesejahteraan hidup untuk penjawat awam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Keputusan kerajaan untuk melaksanakan pengambilan kakitangan awam baharu secara kontrak bermula 1 Februari 2024 telah meraih perhatian ramai.

Bukan itu sahaja, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kemudiannya memaklumkan kerajaan bersetuju supaya perjawatan bagi penjawat awam baru kerajaan berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen dan digantikan dengan caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Namun tempoh dan tarikh pelaksanaannya hanya akan dibuat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) kelak.

Pengumuman ini membuatkan segelintir rakyat Malaysia kurang bersetuju kerana ianya dikatakan boleh memberi kesan kepada sektor perkhidmatan awam.

Baca Artikel Berkaitan: Penjawat Awam Kini Hanya Dilantik Secara Kontrak Mulai 1 Februari

Penamatan skim pencen patut bermula dengan ahli politik dahulu

Terbaharu, Presiden CUEPACS Datuk Dr Adnan Mat pula berkata, sekiranya kerajaan tetap ingin menamatkan skim pencen kepada kakitangan awam ia harus bermula dengan lantikan politik dahulu.

Menurutnya, pendapat ini diberikan kerana kebanyakan ahli-ahli politik yang dipilih menjadi wakil rakyat hanya berkhidmat sekitar 5 tahun sahaja.

“Ketika ini ahli politik yang dipilih menjadi wakil rakyat membabitkan Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta dilantik ke dalam jawatan eksekutif seperti EXCO, Menteri, Timbalan Menteri juga layak untuk menerima pencen.

“Kumpulan ini bukan sahaja menerima elaun serta peruntukan yang tinggi semasa berkhidmat malah memiliki pelbagai keistimewaan berbanding penjawat awam yang secara purata berkhidmat lebih 30 tahun,” katanya dipetik Berita Harian.

Kerajaan patut kaji kes yang berkhidmat waktu singkat tapi nikmati faedah saraan

Menurutnya lagi, keutamaan kerajaan pada ketika ini seharusnya mengkaji kes-kes yang berkhidmat pada waktu singkat tetapi menikmati faedah saraan yang agak selesa dan bukannya menyasarkan kepada penjawat awam sahaja.

Susulan itu, Adnan Mat berkata kerajaan tidak sepatutnya memansuhkan skim pencen penjawat awam yang secara puratanya berkhidmat untuk negara melebihi 30 tahun sebelum layak menerima faedah saraan.

Kerajaan perlu pastikan gaji yang diterima mampu beri kesejahteraan hidup

Jelasnya lagi, kerajaan juga harus memastikan gaji yang diterima hari ini mampu memberi kesejahteraan hidup untuk penjawat awam dan dalam masa yang sama gaji ini mampu memberi simpanan untuk hari persaraan kelak.

Terdahulu, Adnan Mat menyifatkan cadangan untuk menghapuskan atau membatalkan skim pencen penjawat awam sebagai sesuatu yang tidak wajar.

Jelasnya, keistimewaan yang dimiliki para kakitangan awam itu tidak seharusnya dianggap sebagai bebanan kepada kerajaan

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.