fbpx

Penjawat Awam Boleh Dipenjara Jika Jalin Hubungan Dengan Suami Atau Isteri Orang

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), mana-mana penjawat awam yang menjalinkan hubungan sulit hingga menjejaskan hubungan suami isteri merupakan satu kesalahan tatatertib.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi kebanyakan individu, antara kriteria utama yang dilihat dalam menjalinkan hubungan percintaan dengan seseorang adalah status bakal pasangan sama ada bujang ataupun telah dimiliki.

Ini kerana sekiranya bakal pasangan itu merupakan suami atau isteri orang lain, berkemungkinan individu itu akan menghadapi masalah di kemudian hari.

Selain terlibat dengan pergaduhan, individu yang menjalinkan hubungan sulit dengan pasangan orang lain juga boleh dikenakan hukuman penjara. Ini termasuklah penjawat awam.

Jalin Hubungan Sulit Dengan Pasangan Orang Adalah Kesalahan Tatatertib

Menerusi hantaran yang dikongsikan di akaun Instagram milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), mana-mana penjawat awam yang menjalinkan hubungan sulit hingga menjejaskan hubungan suami isteri merupakan satu kesalahan tatatertib.

Perbuatan itu dianggap sebagai kelakuan yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.

“Memikat wanita yang sudah bersuami juga merupakan suatu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya.

“Bagi yang beragama Islam, perbuatan ini merupakan kesalahan jenayah syariah dan boleh dikenakan hukuman penjara atau kedua-duanya mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 193 dan Seksyen 498, Kanun Keseksaan (Akta 574),” tulis APM menerusi hantaran tersebut.

Turut Kongsi Etika Pergaulan

Menerusi akaun Instagram rasmi milik APM itu juga, Unit Integriti agensi itu turut berkongsikan etika dan batas pergaulan di tempat kerja khusus buat penjawat awam bagi mengelakkan perkara seperti gangguan seksual.

Terdahulu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang, menjelaskan bahawa suami atau isteri yang menangkap pasangan mereka yang curang boleh membuat aduan dengan mengemukakan bukti yang lengkap kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri.

“Kertas siasatan akan dibuka bagi membolehkan jabatan pendakwaan syariah membawa kes ke mahkamah.

“Mereka boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang syariah negeri kerana mengganggu rumah tangga orang merupakan kesalahan,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Boleh Dikenakan Hukuman Penjara & Denda

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam satu kenyataan di Facebook menjelaskan bahawa individu yang menganggu keharmonian rumah tangga orang lain boleh dikenakan penjara atau denda atau kedua-duanya sekali oleh Mahkamah Syariah.

Ia termaktub dalam Enakmen 11 Tahun 2023-Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 (Bahagian V- Kesalahan Pelbagai).

Jika disabitkan kesalahan, individu boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Cakna Undang-undang Mereka yang menganggu keharmonian rumahtangga orang lain boleh dipenjarakan atau didenda oleh…

Posted by Majlis Agama Islam Selangor on Friday, 2 April 2021

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.