fbpx
Now Reading
Hapuskan Pencen Menteri & Wakil Rakyat, Naikkan Gaji Penjawat Awam – Syed Saddiq [Video]

Hapuskan Pencen Menteri & Wakil Rakyat, Naikkan Gaji Penjawat Awam – Syed Saddiq [Video]

Syed Saddiq berpendapat pencen wakil rakyat dan menteri yang seharusnya dimansuhkan terlebih dahulu sebelum memansuhkan pencen ke atas penjawat awam lantikan baharu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak hujung minggu lalu, isu mengenai gaji dan pencen penjawat awam menjadi topik perbualan hampir semua rakyat Malaysia.

Semuanya selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid memaklumkan kabinet bersetuju bahawa penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Sebaliknya mereka akan mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Bukan sahaja netizen, malah Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) juga dilihat tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan itu.

Menurut Presiden CUEPACS Datuk Dr Adnan Mat, sekiranya kerajaan tetap ingin menamatkan skim pencen kepada kakitangan awam ia harus bermula dengan lantikan politik dahulu selain mengkaji semula pemberian pencen kepada ahli politik.

Baca artikel berkaitan: Mansuhkan Pencen Wakil Rakyat Dahulu, Kata CUEPACS

Syed Saddiq gesa gaji penjawat awam dinaikkan bukan hapus pencen

Terbaharu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula menggesa kerajaan agar menaikkan gaji penjawat awam berbanding membuat keputusan menghapuskan pencen mereka.

Malah beliau berpendapat pencen wakil rakyat dan menteri yang seharusnya dimansuhkan terlebih dahulu sebelum memansuhkan pencen ke atas penjawat awam lantikan baharu.

Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, gaji kakitangan kerajaan sudah lama tidak dinaikkan iaitu sejak 2013 walhal mereka berdepan pelbagai kekangan kewangan selain tempat tinggal yang daif.

“Menteri dapat dua tiga pencen.. walhal baru masuk pejabat”

Syed Saddiq menerusi satu video yang dikongsikan di akaun media sosialnya berkata, penjawat awam adalah barisan hadapan negara yang bukan sahaja patut dirai apabila tiba musim pilihan raya dan ketika berjaya menyelamatkan rakyat semasa musim Covid-19.

“Nasib penjawat awam umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Jangan hanya raikan mereka apabila musim pilihan raya, apabila berjaya menyelamatkan nyawa kita semasa musim Covid-19. Tetapi bila sudah habis, kita lupakan mereka, tikam dari belakang. Politik berubah tetapi penjawat awam kekal.”

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman

Malah beliau turut mempersoalkan keadilan mengenai perkara itu memandangkan penjawat awam akan menjalankan tugas mereka jauh lebih lama dari segelintir ahli politik.

“Menteri dapat menerima dua tiga pencen, peringkat Persekutuan, negeri dan ratusan ribu elaun tahunan. Siap ada jawatan dalam GLC. Itu pun pencen kekal, walhal baru masuk pejabat.

“Tetapi penjawat awam yang hanya bergajikan RM1,500, bekerja pagi dan malam, duduk dalam kuarters yang daif, bekerja puluhan tahun, dinafikan pula pencen. Adil atau tidak?” soal Syed Saddiq di dalam video itu.

Malaysia hilang tenaga pakar kerana gaji penjawat awam rendah

Tambah Syed Saddiq, gaji jururawat di Singapura pada waktu ini lebih tinggi daripada doktor pakar sektor penjagaan kesihatan awam di Malaysia.

Situasi ini secara tidak langsung membuatkan Malaysia kehilangan ribuan tenaga pakar kerana mereka lebih gemar berkhidmat di luar negara.

@syedsaddiq

Kerajaan umum hentikan pencen penjawat awam. Tapi Ahli Politik masih dapat pencen bertingkat-tingkat Adil atau tidak? Apa pandangan anda? #pencen #penjawatawam

♬ Cornfield Chase – Hans Zimmer

Sebagai info, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh sebelum ini turut mendesak agar kerajaan memansuhkan pencen wakil rakyat dan menteri berbanding menyentuh penjawat awam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.