fbpx
Now Reading
Syed Saddiq Selar ‘Kerajaan Penakut’, Dakwa Sekat Hantaran Rafidah Di Facebook [Video]

Syed Saddiq Selar ‘Kerajaan Penakut’, Dakwa Sekat Hantaran Rafidah Di Facebook [Video]

Bukan hanya Syed Saddiq, malah Rafidah sendiri turut mendakwa kritikannya berhubung isu membabitkan pesara kerajaan di IJN telah disekat oleh MCMC.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, media melaporkan Institut Jantung Negara (IJN) didakwa sedang dalam proses mengeluarkan (discharge) ramai pesara kerajaan daripada menerima rawatan sebagai langkah penjimatan kos oleh kerajaan.

Ianya selepas sebuah portal mendakwa seorang pesara penjawat awam diberhentikan rawatan selepas 25 tahun menerima rawatan di IJN.

Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM) kemudiannya memaklumkan perkara itu akan dijelaskan dalam masa terdekat.

Dakwaan berkenaan menyebabkan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz tampil mengkritik dan menyifatkan ia sebagai tidak adil terhadap pesara yang sudah lama berkhidmat untuk negara.

Menerusi posting di Facebook pada 27 Februari itu, Rafidah turut menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang mengejutkan oleh kerajaan Madani.

Syed Saddiq dakwa posting Rafidah sudah disekat, selar kerajaan ‘penakut’

Terbaharu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menyelar kerajaan dan mendakwa hantaran berkenaan telah disekat dan tidak boleh dilihat oleh pengguna Facebook di Malaysia.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menyifatkan kerajaan sebagai ‘penakut’ kerana mendakwa terus menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara.

“Saya ada bukti, bahawa kerajaan ini (Madani) adalah kerajaan penakut. Takut sangat kepada kritikan rakyat. Nak sekat suara rakyat.

“Beberapa hari yang lepas, Tan Sri (Rafidah) ada post di Facebook miliknya, berkenaan hak pesara untuk akses IJN kerana baru-baru ini ada ramai pesara kerajaan yang secara tiba-tiba dikeluarkan daripada IJN walhal mereka dah ada di sana lebih 20 tahun.”

Dia mendakwa posting kritikan Rafidah Aziz itu disekat selepas mendapat arahan dari pihak kerajaan.

Syed Saddiq siap tunjuk bukti, ‘post no available in Malaysia’

Dalam video tersebut, beliau turut membuktikannya dengan kaedah ‘copy and paste’ link asal hantaran terbabit, namun ia tidak dapat dilihat sebaliknya hanya tertera amaran ‘Post not available in Malaysia’.

“Orang di Malaysia dah boleh lihat hantaran ini, tetapi kalau guna VPN, luar negara boleh tengok. Buat apa orang luar negara nak tengok post kritikan tentang masalah negara? Kita nak rakyat Malaysia yang tahu.

“Sebab itu saya dah buktikan di parlimen baru-baru ini, bahawa orang sama yang dulu melaungkan kebebasan bersuara dan media, kini orang sama yang menyekat kritikan rakyat lebih 40 kali ganda.”

Semakan kami turut menemukan perkara sama.

Berdasarkan kenyataan pada hantaran tersebut, ianya disekat selepas diarahkan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Rafidah kecewa, dakwa hantaran disekat MCMC

Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran yang dimuat naik oleh Rafidah Aziz hari ini (1 Mac), beliau menzahirkan kekecewaannya terhadap tindakan MCMC yang menyekat ‘posting’ kritikan terbabit.

“Sekarang kita tidak boleh menyiarkan pandangan kita yang memberi kesan kepada rakyat, dalam isu ini ialah pesara,” luahnya dalam hantaran tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.