fbpx
Now Reading
“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan berseri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui kita sentiasa dinasihatkan untuk melakukan kebaikan kepada semua orang tanpa mengira bangsa mahupun agama.

Ini kerana, tingkah laku yang baik akan sentiasa menjadi ikutan kepada setiap yang memandang tanpa mengira muda mahupun tua.

Malah Allah SWT juga telah menjanjikan ganjaran pahala kepada sesiapa sahaja hambanya yang melakukan kebaikan seperti membantu orang yang susah dan banyak lagi.

Aisar Khaled bantu bersih dan cantikkan semula rumah warga emas

Baru-baru ini influencer dan YouTuber, Aisar Khaled juga tidak melepaskan peluang apabila turut membantu seorang warga emas berbangsa Cina bagi membersih dan mencantikkan rumahnya.

Perkara itu dilakukan oleh Aisar selepas dia mendapat cadangan daripada seorang pengguna media sosial yang memintanya untuk mencantikkan rumah yang berada di kawasan pedalaman atau kampung.

Turut bawa cat, mesin basih dan barangan elektronik yang lain

Susulan itu, Aisar bersama kumpulannya kemudian telah berkunjung ke Kampung Batu 10 Labu, Negeri Sembilan. Sebelum ke lokasi yang ditujui Aisar turut membawa beberapa barangan bersamanya bagi menjalankan misi tersebut seperti cat, mesin basuh, barangan elektrik dan banyak lagi.

Sampai sahaja di kampung tersebut, Aisar kemudian memilih sebuah rumah secara rawak dan bertanya kepada tuan rumah sekiranya mereka bersetuju jika dia dan rakan-rakan ingin membersihkan rumah berkenaan.

Seorang warga emas wanita bersetuju dengan cadangan Aisar, dan membuka pintu pagar serta mengalu-alukan mereka untuk membersihkan rumahnya.

Cat pagar dan dinding luar rumah serta bersihkan laman rumah

Menerusi video, dapat dilihat mereka menebas dahan pokok, mengecat dinding dan pagar, serta membersihkan kawasan di laman rumah.

“Wah ini baru cantik,” kata wanita tersebut sambil menunjukkan simbol 👍🏻.

Dalam video sama, Aisar turut menunjukkan reaksi warga emas berkenaan yang melompat keriangan sebaik melihat rumahnya sudah kelihatan cantik dan berseri.

“Terima kasih Aisar, Tuhan berkati kamu,” doa warga emas itu.

Turut belanja barang dapur

Aisar turut membawa warga emas berkenaan ke pasar raya untuk membeli barang dapur yang bernilai sekitar RM796.

Mengintai di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan murninya itu.

Tidak kurang juga ada yang mencadangkan beberapa rumah yang mungkin boleh dibantu oleh Aisar kerana mengalami kerosakan atau buruk.

“Abang cuba tolong nenek sedara saya. Rumah dah bocor-bocor, bilik pun tak ada. Dengan bilik air semua tersumbang, memang teruk sangat…”

“Aisar hias rumah akak pula”

“Assalamualaikum bang, ada satu rumah kecil di Kedah. Ibu tunggal umur dekat 70 tahun, dah tak berapa sihat tinggal bersama anak bujang yang tidak sihat juga”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.