The Exchange TRX Perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!
TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
The Exchange TRX pada Sabtu lalu (4 Mei) telah mengumumkan pelancaran TRX Eats, sebuah perayaan sepanjang bulan Mei yang menampilkan makanan, minuman dan muzik terbaik yang akan berlangsung di pusat beli-belah itu.
Para tetamu boleh menikmati menu khas, bengkel dan hiburan secara langsung apabila mereka mengunjungi The Exchange TRX pada bulan ini.
The Exchange TRX mampu penuhi semua jenis keinginan dan bajet
Ketua Pemasaran The Exchange TRX, Jessica Leong berkata, pusat beli-belah itu mampu memenuhi semua jenis keinginan dan bajet rakyat Malaysia.
“The Exchange TRX mengandungi lima precint makanan yang unik iaitu Food Exchange, Concourse Dining, Park Dining, Premium Dining dan Dining Terrace.
“Setiap precint makanan mempunyai daya tarikan tersendiri dan menyediakan koleksi restoran, kafe, dan pilihan F&B (makanan dan minuman) yang menarik termasuk jenama antarabangsa yang hanya boleh dijumpai di The Exchange TRX,” katanya.
Berikut lima precint makanan berbeza yang menawarkan pengalaman gastronomi baru untuk tetamu menerokainya:
Food Exchange
Food Exchange memperkenalkan sentuhan moden kepada seni makanan tradisional. Selain itu, ia juga menampilkan pelbagai hidangan tempatan yang kaya dengan rasa dan warisan.
Concourse Dining
Concourse Dining menjemput tetamu untuk menikmati beberapa konsep makanan kegemaran rakayt Malaysia dari pengeluar makanan tempatan dan antarabangsa.
Park Dining
Park Dining menampilkan pelbagai konsep makanan unik dan pengalaman makan di luar bangunan, tetamu boleh menikmati setiap suapan sambil menikmati pemandangan latar langit sekitar Kuala Lumpur selain dikelilingi keindahan alam di TRX City Park.
Premium Dining
Premium Dining berusaha untuk meningkatkan pengalaman makan pengunjung dengan menjadikannya sebagai acara yang tidak akan dilupakan yang akan melibatkan semua deria dan merangsang rasa ingin tahu asli pelanggan.
Premium Dining juga menggabungkan gastronomi dan estetika untuk memanjakan pelanggan dengan pengalaman kuliner mewah.
Dining Terrace
Dining Terrace menampilkan atmosfera yang meriah dan menarik dengan restoran serta kafe yang buka sehingga lewat malam.
Atmosfera yang penuh bersemangat di Dining Terrace adalah tempat yang sempurna untuk tetamu berhibur, menjamu selera dan bersantai bersama rakan-rakan.
Kami pada hujung minggu lalu juga dijemput ke Dining Terrace ketika majlis pengumuman TRX Eats bagi merasai sendiri pengalaman makan sambil berhibur di sana.
Secara keseluruhan, kami amat berpuasa hati dengan hiburan yang disajikan dan makanan-makanan yang ada daripada pelbagai restoran yang ada seperti Cafe Colombo, VCR Stacks, Chica Bonita Elegante, Quivo dan banyak lagi.
The Exchange TRX bukan sekadar destinasi ‘retail’
Berkongsi lanjut, Jessica berkata, TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.
“Lebih daripada sekadar destinasi peruncitan, The Exchange TRX berfungsi sebagai pusat sosial komuniti untuk meneroka, menghubungkan, dan menikmati pelbagai pengalaman gastronomi dan hiburan yang dinamik.
Tidak hanya itu, TRX Eats juga bertujuan untuk menampilkan tarawan kehidupan malam dan hiburan yang berpusat di sekitar Dining Terrace.
Saturday Soiree sepanjang bulan Mei di The Exchange TRX
Setiap Sabtu malam pada bulan Mei, pusat beli-belah itu akan menjadi tuan rumah bagi Saturday Soiree, di mana tetamu dapat menyaksikan persembahan muzik secara lansung atau mengambil bahagian dalam kelas tarian.
Dari 3 Mei sehingga 26 Mei 2024, para tetamu berpeluang memenangi baucar dan hadiah menarik dengan hanya berbelanja RM200 atau lebih dalam satu resit di mana-mana kedai F&B.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi The Exchange TRX atau ikuti mereka di laman Instagram.