fbpx
Now Reading
Food Festival Buat Jalan Sesak? Doktor Terpaksa Call Ambulans Minta Ambil – “Pesakit Nak Bersalin” [Video]

Food Festival Buat Jalan Sesak? Doktor Terpaksa Call Ambulans Minta Ambil – “Pesakit Nak Bersalin” [Video]

Khidmat ambulans terpaksa digunakan agar doktor wanita itu dapat tiba di hospital lebih cepat dan segera membantu pesakitnya yang ingin bersalin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Festival makanan (food festival) yang sering diadakan di Malaysia merupakan acara yang menghimpunkan pelbagai jenis makanan dari dalam dan luar negara.

Festival ini yang diadakan di pelbagai negeri di Malaysia selalunya mendapat sambutan yang luar biasa daripada para pengunjung terutamanya bagi penggemar makanan viral.

Pun begitu, kehadiran ribuan pengunjung juga boleh menyebabkan berlakunya kesesakan di sekitar kawasan jalan berdekatan festival terbabit.

Doktor terpaksa hubungi ambulans kerana jalan sesak

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang doktor wanita terpaksa menghubungi ambulans untuk mengambilnya di tepi jalan kerana keadaan trafik yang sesak dipercayai angkara festival makanan yang sedang berlangsung di kawasan itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @dr.yatikasim, beliau yang dikenali sebagai Dr Yati itu berkata dia dalam perjalanan untuk menemui pesakitnya yang ingin bersalin.

“Terpaksa hubungi ambulans untuk ambil saya di tepi jalan. Pesakit nak bersalin. Dasyat penangan acara festival makanan ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Jalan raya dipenuhi dengan kenderaan, trafik bergerak perlahan

Dalam video terbabit, kelihatan keadaan trafik di jalan raya berkenaan dipenuhi dengan kenderaan yang bergerak secara perlahan.

Khidmat ambulans terpaksa digunakan agar doktor wanita itu dapat tiba di hospital lebih cepat dan segera membantu pesakitnya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan jalan di Amanjaya, Sungai Petani, Kedah.

@dr.yatikasim

terpaksa call ambulance utk pickup sy tepi jalan. Pt nak bersalin. Dahsyat penangan event fest food kak nab 🔥 #festivalfoodkaknab #kaknab #sukadessert #nasipakistanbatupahat #klinikdryati #hospitalpantaisgpetani #doktorpakarsakitpuan #dryati

♬ Epic Inspiration – Kidmada

Netizen beri pelbagai reaksi, cadang penganjur buat festival makanan di kawasan lebih luas

Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh rata-rata pengguna media sosial selepas melihat video terbabit.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga memberi cadangan agar pihak penganjur festival makanan terbabit selepas ini mengadakan acara berkenaan di kawasan yang lebih luas serta banyak parkir agar tidak menganggu jalan raya.

Bukan sebab festival makanan, jalan terbabit memang sering sesak

Pun begitu, segelintir pengguna TikTok pula mendakwa bahawa jalan berkenaan sering sesak meskipun ketika hari biasa tanpa sebarang acara dilakukan di kawasan sekitar.

Menurut mereka, keadaan jalan raya yang sesak itu bukanlah disebabkan oleh festival makanan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.