fbpx
Now Reading
Lelaki Dakwa Hujan Yang Terhasil Dari Proses Kitaran Air Adalah Palsu, Ramai Netizen Tak Setuju [Video]

Lelaki Dakwa Hujan Yang Terhasil Dari Proses Kitaran Air Adalah Palsu, Ramai Netizen Tak Setuju [Video]

Menurut lelaki itu, ajaran sains mengenai proses kitaran air seolah-olah menafikan campur tangan tuhan dalam menguruskan hujan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak di bangku sekolah rendah lagi, kita sudah mula didedahkan dengan mata pelajaran sains untuk memahami tentang diri dan perkara yang berlaku dalam persekitaran.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi dan memberi asas pengetahuan serta kemahiran.

Sebagai contoh, kita mesti pernah mempelajari dan ingat bahawa hujan terhasil melalui proses kitaran air, iaitu apabila air di bumi tersejat menjadi wap naik ke atas dan membentuk awan.

Lelaki dakwa ajaran sains mengenai proses hujan adalah palsu

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial seorang lelaki mendakwa ajaran sains mengenai hujan dari wap air naik ke awam menjadi cecair adalah palsu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @muhd.asyari2, lelaki terbabit mendakwa bahawa hujan berasal daripada langit yang menurunkan air.

“Sedangkan dalam al-Quran hujan berasal dari langit dan Allah yang mengawalnya bukan dari wap air laut di bumi.

“Dalam Surah al Qamar, Allah SWT dedahkan kisah Nabi Nuh berdoa untuk menangkan Baginda ke atas umatnya yang ingkar lalu Allah bukakan pintu-pintu langit maka turunlah hujan,” katanya.

Dia turut berkongsi tangkap layar potongan ayat ke-10 dan 11 daripada Surah al Qamar itu.

Ajaran sains seolah menafikan campur tangan tuhan

Dakwanya, ajaran sains mengenai proses kitaran air seolah-olah menafikan campur tangan tuhan dalam menguruskan hujan.

“Dalam (hadis) sahih Bukhari Anas bin malik meriwayatkan kisah lelaki Badwi minta Nabi doa turunkan hujan kemudian hujan turun serta merta, kisah ini membuktikan hujan turun bukan kerana awan berat sudah tidak dapat menampung air.

“Tapi kerana Allah yang kehendaki dengan membuka pintu-pintu langit seperti dalam surah al Qamar,” katanya lagi.

Dakwa proses sebenar hujan adalah air dari langit ke awan

Dakwanya lagi, proses sebenar hujan turun adalah air dari langit ke awan yang kemudiannya Allah SWT perintahkan angin menggerakkan awan ke tempat yang Allah kehendaki untuk diturunkan hujan.

Jelasnya lagi, proses tersebut tidak mempunyai kaitan dengan air dari bumi tersejat menjadi wap air.

Netizen beri pelbagai reaksi, ramai yang tak setuju

Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna sosial media mengenai pendedahan individu terbabit.

Ada yang bersetuju dengan apa yang diterangkan olehnya, namun banyak juga yang berpendapat sebaliknya.

Kebanyakan netizen juga berpendapat bahawa penerangan yang diberikan oleh lelaki terbabit mengikut ayat al-Quran adalah benar, namun proses sejat dan kondensasi juga berlaku atas kehendak Allah SWT.

Malah mereka menyatakan bahawa pembelajaran ilmu sains juga membuktikan tentang kekuasaan Allah SWT bukan menidakkannya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.