fbpx
Now Reading
Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini dan akam menyelaraskan sesuatu untuk Faisal Halim.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Arena bola sepak sekali lagi dikejutkan apabila pemain sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim pula menjadi mangsa disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali hari ini (5 Mei).

Perkara itu mula menjadi perhatian apabila wartawan sukan, Astro Arena, Fina Nasrom, berkongsi mengenai insiden terbabit di X.

Menerusi beberapa gambar yang tular di media sosial, kelihatan bahagian badan dan tangan di sebelah kiri Faisal mengalami luka melecur akibat terkena bahan kimia terbabit.

Malah baju berwarna hitam yang dipakainya turut kelihatan cair.

Faisal Halim disimbah asid selepas bermain go kart

Memetik Harian Metro, Faisal yang juga tonggak utama Selangor FC itu diserang selepas bermain go kart di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Damansara.

Bagaimanapun, setakat ini tidak diketahui lagi punca dan motif mengapa Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey diserang sebegitu.

Presiden FAM pandang serius isu ini

Sementara itu, wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran satu menerusi ciapan berkata, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin memandang serius isu ini dan akan menyelaraskan sesuatu untuk Faisal.

Bekas pemain Harimau Malaya, Safee Sali juga dikatakan akan membantu Faisal mengatasi traumanya kerana insiden terbabit.

Pihak polis teliti rakaman CCTV

Menurut laporan Stadium Astro pula, pihak polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran kejadian itu.

Stadium Astro memetik sumber turut memaklumkan, insiden melibatkan dua individu menaiki motosikal yang menghampiri Faisal yang sedang bersama keluarganya sebelum menyimbah asid terbabit.

Semakan yang dilakukan terhadap nombor pendaftaran kenderaan terbabit juga mendapati nombor itu adalah palsu dan dipercayai motosikal curi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan turut mengesahkan tentang kejadian terbabit.

Beliau dalam satu kenyataan media berkata, Polis Petaling Jaya telah menerima maklumat dari orang awam menerusi panggilan ke Malaysian Emergency Response Service (999) memaklumkan pemain bola sepak terkenal itu disimbah cecair dipercayai asid.

Tambah Hussein, Faisal ketika ini sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan keadaannya adalah stabil.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.”

Orang ramai yang mempunyai maklumkan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan berita pemain Kebangsaan, Akhyar Rashid yang menjadi mangsa pukul dan samun di Kuala Terengganu.

Mengikut maklumat awal, pemain berusia 25 tahun itu dipercayai dipukul dengan senjata pada bahagian kepada dan badan oleh suspek yang tidak dikenali sebaik turun dari kereta.

Baca Artikel Berkaitan: Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.