fbpx
Now Reading
Pemandu Kereta Terbawa Sekali Nozzle Pam Selepas Isi Minyak Raih Perhatian Ramai [Video]

Pemandu Kereta Terbawa Sekali Nozzle Pam Selepas Isi Minyak Raih Perhatian Ramai [Video]

Perkara itu hanya disedari oleh pemandu terbabit selepas seorang penunggang motosikal bertindak berhenti dan memberitahu tentang hal tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai manusia biasa, sudah menjadi lumrah dalam kehidupan untuk seseorang itu melakukan kesilapan seperti cuai, terlepas pandang, mahupun terlupa untuk melakukan atau mengambil sesuatu.

Bahkan anda yang sedang membaca artikel ini dan saya yang sedang menulis, pasti pernah pernah melakukan kesilapan seperti terlupa bukan.

Terlupa itu, terlupa ini! Apa yang penting adalah belajar daripada kesilapan dan berusaha untuk tidak mengulanginya.

Tular kereta bergerak sambil bawa pam minyak

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah kereta bergerak dalam keadaan nozzle pam masih terletak di corong tangkinya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mfg_paqiqo, kelihatan pemandu kereta jenis Perodua Axia itu tidak menyedari langsung tentang perkara terbabit dan hanya memandu seperti biasa.

“Bukan salah abang Axia, pagi-pagi biasalah rushing (tergesa-gesa),” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pemandu sedar terbawa pam minyak selepas ditegur penunggang motosikal

Perkara itu hanya disedari oleh pemandu terbabit selepas seorang penunggang motosikal bertindak berhenti dan memberitahu tentang hal tersebut.

Setelah mengetahuinya, pemandu terbabit dilihat membelok ke kiri dipercayai untuk berhenti di bahu jalan.

@mfg_paqiqo

Bukan salah abang axia, Pagi-pagi biasa lah rushing #axianotproblem

♬ original sound – Puteghaa. – Puteghaa 𒆜

Netizen terhibur dan persoal bagaimana boleh terjadi

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat perkara tersebut selain mempersoal bagaimana ia boleh terjadi.

Tidak hanya itu, ada juga netizen yang membincangkan tentang kos ganti rugi yang harus dibayar oleh pemandu terbabit kepada pihak stesen minyak untuk memperbaiki nozzle pam itu semula.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.