fbpx
Now Reading
Ini 5 Lokasi Buffet Ramadan Sekitar Lembah Klang Dengan Harga Bawah RM100

Ini 5 Lokasi Buffet Ramadan Sekitar Lembah Klang Dengan Harga Bawah RM100

Antara tempat makan yang menyediakan buffet Ramadan adalah Temu Jelatek dan juga Mios Kitchen dengan harga serendah RM49 sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali tibanya Ramadan sekali sekala pasti ada yang ingin berbuka di luar bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Oleh itu, ada yang memilih untuk berbuka di restoran, hotel, cafe serta banyak lagi. Namun sedikit keistimewaan apabila bulan Ramadan ini banyak tempat makan yang menawarkan hidangan buffet.

Korang cuma perlu bayar per pax dan makan sampai kenyang dengan bermacam-macam hidangan dari lauk-pauk, manisan, minuman serta banyak lagi.

Maka tanpa berlengah lagi jom kami nak kongsikan kepada anda antara buffet makanan yang menawarkan harga bawah RM100 untuk seorang.

#1 MAHA Buffet

Jika korang mencari tempat yang menyajikan menu berbuka yang luar biasa dan unik maka MAHA Buffet adalah pilihan yang tepat.

Apa yang menarik MAHA Buffet menyajikan lebih 200 menu untuk dinikmati dan ia juga mempunyai pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah, tempat permainan anak-anak secara percuma dan banyak lagi.

Jadi sambil menikmati juadah, anak-anak pun boleh berhibur dengan permainan yang disukai oleh mereka. Paling penting tempat makan juga luas dan mudah untuk anda berjalan sambil memilih makanan.

  • Tarikh Mula: 14 Mac – 8 April
  • Waktu beroperasi: 6.30 petang – 9.30 malam
  • Bertempat: Hall A Dewan Maeps Serdang
  • Harga: RM89 (Dewasa), RM49.90 (Kanak-kanak / OKU/ warga emas)

Untuk yang inginkan kemudahan yang lebih cepat serta setup tempat yang lebih cantik korang boleh beli tempat duduk VIP yang berharga RM149.90 untuk dewasa manakala RM89.90 bagi kanak-kanak, OKU dan juga warga emas.

Untuk maklumat lanjut seperti tempahan dan sebagainya tekan link di sini.

#2 Temu Jelatek

Temu Jelatek menyajikan buffet berbuka puasa hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan bermula 14 Mac sehingga 7 April.

Jadi bagi anda yang mencari tempat berbuka bersama keluarga atau kawan-kawan hujung minggu ni bolehlah ke Temu Jelatek yang terletak di Datum Shopping Mall, Kuala Lumpur.

Harga untuk berbuka puasa pula adalah RM49+ untuk dewasa dan RM29+ bagi kanak-kanak. Temu Jelatek pada tahun ini menyajikan makanan bertemakan masakan Melayu dari lauk pauk sehinggalah kepada manisannya.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut dan juga tempahan klik link di sini.

#3 Mios Kitchen

Sebut mengenai Mios Kitchen sudah tentunya restoran ini terkenal dengan sajian western. Jadi bagi peminat makanan western ini adalah peluang untuk korang dapat rasa semua tapi dengan harga yang murah!

Mios Kitchen menawarkan buffet Ramadan pada harga RM49.90 bagi dewasa manakala kanak-kanak pula RM29.90 sahaja. Sesuai sangat kalau korang nak bawa keluarga makan dekat sini, harganya pun berpatutan.

Selain makanan western mereka juga turut menyediakan makanan lain seperti nasi tomato, ayam masak merah, kambing kuzi atau bakar, seafood berlado, mee kari, dan banyak lagi.

Antara cawangan Mios Kitchen yang menawarkan buffet Ramadan ini adalah:

  • Mios Kitchen Alami Garden Seksyen 13
  • Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam
  • Mios Kitchen Presint 15 Putrajaya

Untuk maklumat lanjut dan juga tempahan klik link di sini.

#4 Ibis Styles Sri Damansara

Korang nak berbuka di hotel? Tapi nak harga murah? Jangan bimbang kami juga ada senaraikan buffet Ramadan di hotel dengan harga yang sangat berbaloi iaitu RM68 untuk Dewasa dan RM58 untuk warga emas manakala bagi kanak-kanak RM48 sahaja.

Kesemua harga adalah tetap di Ibis Styles Sri Damansara. Hidangan makanan yang disajikan adalah bertemakan lauk-pauk masakan Melayu, sate, sup serta manisan dan kesemua hidangan adalah halal.

Jika ingin ke sini korang hanya perlu waze atau gunakan Goole Maps ke Ibis Styles Sri Damansara.

Bagi yang berminat untuk buat tempahan atau ingin bertanya sebarang soalan klik link di sini.

#5 Holiday Inn Express Kuala Lumpur

Holiday Inn Express Kuala Lumpur turut menawarkan sajian berbuka puasa dengan pelbagai menu.

Apa yang menarik harganya juga berpatutan dan sangat bersesuaian bagi yang sedang mencari tempat berbuka bersama keluarga dan ia dijamin halal.

Harga untuk buffet Ramadan ini adalah RM88 untuk dewasa manakala RM78 bagi kanak-kanak dan warga emas.

Antara menu keistimewaan di Holiday Inn Express Kuala Lumpur ini adalah Briyani dan juga kambing bakar. Haaa bagi sesiapa yang peminat daging kambing tu, korang bolehlah ke sini.

Harganya murah dan paling penting halal.

Bagi yang berminat dan ingin membuat tempahan, korang boleh hubungi nombor yang tertera atau tekan link di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.