fbpx
Now Reading
Hanya Kerana Ingin Guna Baucar ‘RM50 Off’, Wanita Dakwa Diperli SA Di Kedai Barangan Kemas Terkenal

Hanya Kerana Ingin Guna Baucar ‘RM50 Off’, Wanita Dakwa Diperli SA Di Kedai Barangan Kemas Terkenal

Wanita tersebut mendakwa dia bersama rakannya turut diajukan soalan peribadi tentang latar belakang mereka seperti tempat berkerja dan bertugas di jabatan mana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pengguna TikTok (@abnormina) telah memuat naik satu video menceritakan pengalamannya membeli barang kemas dari satu kedai jenama terkenal di sebuah kompleks membeli-belah di ibu negara.

Dia telah ke kedai berkenaan bersama seorang rakannya untuk membeli cincin persahabatan atau ‘bestie ring’.

Menurutnya, mereka masing-masing menerima baucar potongan RM50 bagi pembelian di kedai tersebut dari sebuah pasar raya. Dah dapat baucar free, mestilah kita nak guna kan?

Mereka kemudiannya bertanya kepada seorang lelaki yang merupakan penasihat jualan atau dalam bahasa Inggerisnya sales advisor (SA), mengenai barangan yang boleh dibeli menggunakan baucar tersebut.

SA Perli Pelanggan Guna Baucar

Namun sebaik sahaja soalan itu diajukan, wanita itu mendakwa mereka seolah-olah diperli oleh SA berkenaan yang bertanya semula adakah mereka ingin menggunakan baucar.

SA tersebut turut berkali-kali bertanyakan bagaimana mereka mendapatkan baucar berkenaan dari pasar raya.

Di samping itu, rakan pengguna TikTok ini turut bertanyakan kepada SA berkenaan jika barang kemas jenis perak, yang banyak dijual oleh kedai berkenaan, boleh berkarat.

Lelaki itu kemudiannya menjawab dengan nada jengkel seolah-olah tidak sukakan mereka. Namun begitu, mereka sebagai pelanggan masih mengekalkan sikap yang profesional.

SA Buat ‘Background Check’ Pelanggan

Dalam video sama, wanita itu turut mendakwa SA berkenaan ada mengajukan soalan peribadi kepada dia dan rakannya.

Mereka ditanya soalan berkaitan tempat tinggal, tempat bekerja dan berkhidmat di jabatan mana.

Tambahnya lagi, SA berkenaan juga ada bertanya jika dia bekerja di bahagian kewangan bagi satu syarikat tertentu. Apabila dia mengiyakannya, lelaki itu membalas dengan ayat perlian, “Oh, patutlah”. Mereka tidak pasti mengapakah SA itu berkata sedemikian.

Tidak Akan Ulang Pembelian Di Cawangan Sama

Di akhir pembelian, kedua-dua wanita itu ditanya jika mereka ingin mendaftar sebagai ahli bagi jenama barang kemas tersebut.

Mereka enggan pada mulanya, tetapi bersetuju setelah diberitahu akan mendapat faedah dalam bentuk pemotongan 20% pada hari jadi.

“Saya daftar sebagai ahli, jadi saya boleh dapatkan sesuatu ketika hari jadi. Tetapi bukan dari kedai di mall ini.”

Pengguna TikTok @abnormina

Netizen Kongsi Pengalaman Membeli Di Kedai Jenama Sama

Rupa-rupanya, bukan mereka sahaja yang menjadi ‘mangsa’ kesombongan dan kebiadaban SA berkenaan. Dakwa wanita itu, apabila dia membuat semakan di Google, dia mendapati seorang wanita lain turut mengalami pengalaman yang sama.

Menjenguk kepada ruangan komen, beberapa pengguna TikTok menceritakan mereka turut mengalami keadaan hampir serupa di cawangan yang sama.

Malah, ada netizen lain yang mendakwa, mereka juga menerima perkhidmatan yang teruk, namun dari SA cawangan lain di Lembah Klang.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna mencadangkan kepada orang ramai yang ingin membeli di cawangan berkenaan supaya mencari seorang SA wanita di situ yang menurutnya memberikan perkhidmatan terbaik.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.