fbpx
Now Reading
Polis Buru Perompak Bersenjata Larikan Barang Kemas RM1.4 Juta [Video]

Polis Buru Perompak Bersenjata Larikan Barang Kemas RM1.4 Juta [Video]

Terdahulu, tular di media sosial video insiden rompakan yang dirakam oleh orang awam memaparkan sekumpulan lelaki berpakaian serba hitam dan bertopeng melarikan beg dari sebuah kereta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bank dan kedai emas sering menjadi sasaran penjenayah bagi melakukan kegiatan tidak bermoral mereka.

Ini kerana barang-barang seperti wang dan barang kemas mempunyai nilai tinggi yang dapat menampung dan digunakan dalam kehidupan seharian.

Barang Kemas RM1.4 Juta Dilarikan

Terbaharu, tular di media sosial video yang memaparkan detik kejadian rompakan barang kemas bernilai RM1.4 juta di Kuala Kangsar, Perak.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob, kegiatan jenayah itu berlaku di tempat letak kereta berhadapan dengan sebuah kedai emas pada jam 11.22 pagi semalam (6 November).

Kejadian melibatkan sekumpulan perompak bersenjatakan parang dan tukul. Suspek bertindak memecahkan cermin kereta milik dua orang jurujual syarikat emas yang membawa barang berharga itu untuk dihantar ke kedai.

“Mangsa berusia lewat 30-an ketika itu baru sahaja turun dari kereta sebelum secara tiba-tiba didatangi beberapa lelaki memakai topeng bersenjatakan parang dan tukul.

“Cermin kereta mangsa telah dipecahkan bagi mendapatkan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta,” kata beliau.

Tiada Kecederaan Dilaporkan, Suspek Kini Dikesan

Walau bagaimanapun, tiada mangsa atau orang awam yang dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan dengan bersenjata.

Usaha mengesan suspek yang terlibat sedang giat dilaksanakan. Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menyalurkannya kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Kangsar ASP Mohd Subkey bin Alias di talian 013-9285436 atau 05-7762222.

Terdahulu, tular di media sosial video insiden rompakan yang dirakam oleh orang awam memaparkan sekumpulan lelaki berpakaian serba hitam dan bertopeng melarikan beg dari sebuah kereta.

Video yang berdurasi 20 saat itu turut menunjukkan suspek melarikan diri dengan dua buah kereta.

SIARAN MEDIA YDH KETUA POLIS DAERAH KUALA KANGSAR BERKAITAN KES VIRAL SAMUN BARANG KEMAS DI DAERAH KUALA KANGSAR 06 NOVEMBER 2023

Posted by Polis IPD Kuala Kangsar on Monday, 6 November 2023

Baca Artikel Berkaitan: Gempar ! Emas RM 1 Juta Lesap Dalam Rompakan Kurang 5 Minit Ala-ala Filem

Baca Artikel Berkaitan: Pura-Pura Nak Beli, Rupanya Mencuri! Pemuda Larikan Rantai Emas Bernilai RM23,000 [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.