fbpx

KPT Kecualikan Yuran IPTA Anak Mangsa Nahas Helikopter & Salur RM1,000 Dalam Akaun SSPN-i

Menteri KPT berkata, semua usaha itu untuk memastikan agar anak mangsa dapat meneruskan pengajian dan pihaknya tidak mahu mereka berdepan kesulitan untuk menyambung pengajian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tragedi nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada pagi Selasa lalu (23 April) telah mengejutkan seluruh negara.

Ramai yang turut berduka dan berasa simpati kepada ahli-ahli keluarga 10 mangsa yang dilaporkan terkorban dalam tragedi terbabit.

Lebih meruntun jiwa apabila mengenangkan nasib anak-anak mangsa yang masih belajar dan bersekolah, namun harus reda dengan ketentuan Allah SWT ini.

KPT kecualikan bayaran yuran pengajian anak mangsa

Terbaharu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengecualikan pembayaran yuran pengajian anak-anak mangsa sehingga tamat belajar.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, cadangan itu juga sudah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Yuran anak perempuan sulung Mohd Shahrizan di UMK dapat pengecualian

Menurutnya, pengecualian itu akan membabitkan yuran pengajian anak perempuan sulung Pegawai Waran II Mohd Shahrizan Mohd Termizi yang juga penuntut tahun pertama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Nurul Shahfiqah, 21.

“Ini anak yang belajar di universiti awam dan setakat ini kita mendapat maklumat, yang hanya seorang anak (iaitu anak Mohd Shahrizan) belajar di UMK.

“Bagaimanapun kalau ada anak (mangsa lain) yang sedang belajar (di IPT) boleh maklumkan dan kita akan melaksanakan dasar sama,” katanya dipetik Harian Metro.

Beliau berkata demikian selepas melawat keluarga Mohd Shahrizan di Taman Bunga Tanjung, Sitiawan, semalam (24 April).

KPT akan salur RM1,000 dalam akaun SSPN-i 21 anak mangsa

Menurutnya lagi, pihaknya juga akan menyalurkan sumbangan dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berjumlah RM1,000 kepada 21 anak mangsa nahas yang dikenal pasti masih bersekolah.

“Kemudian kita akan mendapatkan maklum balas kerajaan untuk langkah seterusnya (berkaitan tabung SSPN-i) daripada segi tabung berkenaan (untuk) belajar ke peringkat tinggi. Anak masih bersekolah mereka tentu memerlukan tabungan untuk masa depan.

“Saya juga percaya Kerajaan termasuk Kementerian Pertahanan mungkin ada perancangan (untuk membantu anak mangsa nahas) jadi tabung ini memudahkan pihak berkenaan membantu anak terbabit,” katanya.

Beliau berkata semua usaha itu untuk memastikan agar anak mangsa dapat meneruskan pengajian dan pihaknya tidak mahu mereka berdepan kesulitan untuk menyambung pengajian.

Nahas berlaku di Pangakalan TLDM Lumut sekitar jam 9.30 pagi

Terdahulu, nahas melibatkan dua helikopter iaitu Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter Fennec TLDM berlaku di Pangalan TLDM Lumut pada jam kira-kira 9.30 pagi, 23 April.

Kedua-dua buah helikopter itu dipercayai bertembung semasa ingin melakukan formasi penerbangan ketika raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90.

Video semasa kejadian berlaku juga turut tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai.

Berikut merupakan senarai nama perajurit yang terkorban:

Pesawat HOM(M503 3): 4 orang kru & 3 penumpang

Komander Muhammad Firdaus Ramli – Pegawai Memerintah Skuadron 503

Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi

Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun

Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy

Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar

Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna

Pesawat Fennec: 3 orang kru

Komander Muhamad Amir Mohamad – Pegawai Memerintah Skuadron 502.

Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan

Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] TLDM Sahkan 2 Helikoper Terhempas, 10 Tentera Terkorban

Baca Artikel Berkaitan: Helikopter Terhempas: TLDM Umum Senarai Nama 10 Anggota Terkorban

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.