Pura-Pura Nak Beli, Rupanya Mencuri! Pemuda Larikan Rantai Emas Bernilai RM23,000 [Video]
Terdahulu, tular video seorang lelaki ditangkap oleh orang ramai selepas dipercayai meragut seorang wanita dalam kejadian di Kota Tinggi, Johor.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada masa kini, kebanyakan individu memilih untuk melakukan lebih dari satu kerja dalam satu masa bagi menampung kehidupan seharian dan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Namun, ada segelintir orang yang gemar mencari jalan mudah untuk mendapat wang dengan cara yang tidak bertanggungjawab seperti mencuri dan meragut.
Ini kerana mereka beranggapan mencuri dan meragut merupakan jalan mudah bagi menjana pendapatan tanpa perlu bekerja untuk tempoh yang lama.
Perbuatan tidak bertanggungjawab ini sememangnya mengundang kemarahan orang ramai kerana ia boleh mendatangkan kecederaan dan menyusahkan orang lain terutamanya mangsa.
Lelaki Larikan Barang Kemas, Berjaya Ditangkap Orang Ramai
Semalam (17 Oktober), tular di laman sosial Twitter (X) seorang lelaki dipercayai meragut seorang wanita.
Menerusi video yang dikongsikan di @mynewshub, kelihatan lelaki berkenaan dipegang oleh orang ramai sambil dimarahi oleh seorang wanita yang berbaju kurung dipercayai mangsa kejadian.
Menerusi video tersebut, kelihatan orang ramai membantu wanita berkenaan menangkap suspek. Malah, apa yang mengejutkan terdapat beberapa utas rantai emas yang disimpan dalam baju pemuda itu.
Dia juga dilihat cuba mengambil semula rantai emas berkenaan walaupun pada ketika itu kedua-dua tangannya dipegang oleh orang ramai.
Namun, polis kemudiannya mengesahkan ia bukanlah insiden ragut seperti sangkaan ramai sebaliknya kes mencuri dari sebuah kedai emas.
Pura-Pura Jadi Pelanggan, Curi Dua Utas Rantai Emas Bernilai RM23,000
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora, kejadian berlaku di sebuah kedai perniagaan menjual dan membeli barang kemas yang terletak di Bangunan Plaza Kota Tinggi, Johor pada jam 6.00 petang.
Sebelum kejadian, suspek berpura-pura menjadi pelanggan kononnya mahu membeli rantai emas sebelum melarikan diri bersama barang tersebut. Namun, tindakannya itu gagal dan dia berjaya ditangkap oleh orang awam.
Tambah beliau, pihak polis menerima laporan berhubung insiden berkenaan pada jam 7.16 petang 15 Oktober 2023.
“Ketika kejadian lelaki itu berpura-pura ingin membeli dua utas barang kemas iaitu rantai leher dalam anggaran nilai antara RM15,000 dan RM8,000 dengan jumlah RM23,000 sebelum melarikan diri dari kedai berkenaan.
“Bagaimanapun dia telah berjaya ditangkap oleh orang awam di hadapan Pasaraya Kwa Tai, Kota Tinggi dan berjaya menemukan semula barang kemas yang dicuri sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Suspek Telah Ditangkap & Dijatuhi Hukuman
Menurut Hussin, suspek telah ditangkap dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Curi Dalam Bangunan).
Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan denda.
Walau bagaimanapun, suspek yang berusia 27 tahun itu telah dituduh di Mahkamah Majistret Kota Tinggi semalam (17 Oktober) dan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan oleh mahkamah.
Terdahulu, tular video seorang lelaki ditangkap oleh orang ramai di Kota Tinggi, Johor.
Kota tinggi
— MYNEWSHUB (@mynewshub) October 17, 2023
Dekat bngunan hwa thai
16/10/2023
Kejadian ragut
Peragut dpt ditangkap
Mangsa akak baju biru pic.twitter.com/F8XSvYjAhi
Baca Artikel Berkaitan: Pembantu Rumah Dakwa Didera, Rupanya Lari Curi Barang Majikan Lebih RM10,000 [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Termakan Helah Nak Bagi Bantuan, Suri Rumah Hilang Barang Kemas RM7,000 Dicuri Kenalan TikTok