fbpx

Isu Sejadah Mini Di AEON BiG: JAINJ Tetap Teruskan Siasatan

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Johor, Mohd. Fared, beliau tidak pernah melihat sejadah yang gambar Kaabahnya terletak pada bahagian hujung atau separuh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, media melaporkan JAINJ telah bertindak merampas sebanyak 11 ‘alas kaki’ yang tertera gambar Kaabah dijual di sebuah pasar raya di Kota Tinggi, Johor.

Rampasan pada 9 April itu dibuat susulan terdapat laporan awam mengenainya.

Tidak lama kemudiannya, pihak pasar raya berkenaan iaitu AEON BiG telah tampil menjelaskan salah faham tersebut dan memaklumkan ia merupakan sejadah mini yang dikeluarkan oleh pihak pembekal yang dikenali sebagai A&R Fashion Collection.

“A&R telah mengesahkan bahawa produk berkenaan sememangnya merupakan sejadah mini, di mana coraknya adalah dalam format menegak yang merupakan amalan biasa. Walau bagaimanapun, selaras dengan amalan terbaik AEON BiG untuk Pembekal Kecil Sederhana (PKS), A&R telah menggunakan kod barangan dalam sistem yang sebelum ini digunakan untuk produk-produk lain syarikat tersebut.

“Akibatnya, label yang digantung pada produk menunjukkan pelbagai deskripsi lantas terus menyebabkan kekeliruan. Perkara ini telah dibetulkan serta-merta dalam sistem pengurusan barangan AEON BiG dan deskripsi barangan tersebut sebagai ‘Sejadah’ telah pun dicerminkan,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 13 April lalu.

JAINJ tetap teruskan siasatan berhubung isu sejadah mini

Terbaharu, meskipun pasar raya berkenaan telah menjelaskan berhubung perkara tersebut namun siasatan mengenai isu itu tetap diteruskan.

Kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid, beliau meluahkan rasa bimbangnya apabila syarikat pasar raya itu didakwa tidak peka dengan susunan tanda nama kepada barangan yang dijual kerana dipercayai ia ditempatkan sekali pada tempat alas kaki.

“Saya ada gambar dan maklumat, namun kenyataan yang mereka keluarkan itu saya boleh dengar sahaja. Sebagai agensi penguat kuasa dan agensi agama di negeri Johor, saya akan bersifat bertanggungjawab kepada agama terlebih dahulu sebelum menimbangkan keterangan.

“Keduanya saya minta diperbetulkan kedudukan yang awak dakwa sebagai sejadah mini itu tadi. Saya tidak pernah nampak sejadah yang gambar Kaabah hujung-hujung ataupun separuh sahaja.

“Walaupun sejadah mestilah memperlihatkan rupa bentuk sejadah itu sendiri. Kalau dia ada gambar Kaabah letak di tengah-tengah, kalau tidak reti nak mereka bentuk (reka bentuk) jangan cuba untuk mereka (reka) dan tanyalah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sebelum awak menjual ataupun bertanyalah kepada agensi kerajaan berkaitan agama,” ujarnya, lapor Kosmo.

Sentiviti agama tak boleh dijelaskan dengan keterangan di atas kertas

Memetik laporan Harian Metro, Mohd Fared memaklumkan sentiviti agama tidak boleh hanya dijelaskan menerusi keterangan pada sekeping kertas. Ini kerana ia melibatkan tentang kemuliaan sesebuah agama serta perasaan semua umat Islam.

Ujar Mohd. Fared, beliau lebih kecewa selepas mendapat maklumat yang sejadah mini berkenaan dikeluarkan oleh sebuah syarikat bumiputera tempatan.

“Sangat memalukan sebagai orang tempatan yang tidak tahu rupa sejadah yang sebenar.

“Kita sangat berdukacita perkara ini selepas satu-satu jadi adakah ia disengajakan ataupun tidak saya tak boleh membuat sebarang keputusan tetapi sebagai exco agama kita akan memberikan penjelasan dan penerangan serta didikan kepada semua pihak. Kita akan memanggil mereka dan membuat sesi libat urus supaya tidak lagi berlaku perkara seperti ini.

“Sesi ini akan diadakan secepatnya. Hari ini akan ada kenyataan bersama Menteri Agama dan juga saya pertama kalinya dibuat ia adalah kenyataan yang bersifat tegas tetapi memberikan penjelasan kepada orang-orang Islam supaya bertenang dan menyerahkan semua tanggungjawab ini kepada badan-badan agama negeri dan pusat pada masa yang sama memberikan amaran kepada semua pihak supaya sentiasa menghormati sensitiviti umat Islam dan juga agama-agama lain.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.