fbpx
Now Reading
Cukai Barang Mewah Bakal Bermula 1 Mei 2024

Cukai Barang Mewah Bakal Bermula 1 Mei 2024

Terdahulu, media pernah melaporkan cukai bakal dikenakan ke atas barangan mahal seperti jet peribadi, kapal layar, barangan kemas dan kereta mewah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober yang lalu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bakal melaksanakan cukai barang bernilai tinggi atau lebih dikenali sebagai cukai barang mewah.

Menurut beliau, negara perlu seiring dengan piawaian percukaian antarabangsa khususnya dalam menghalang aktiviti penghakisan asas cukai dan pindahan keuntungan ke negara yang mempunyai kadar cukai yang rendah.

‘Cukai Barang Mewah’ Dilaksana Mei 2024

Terbaharu, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan mengumumkan Cukai Barang Mewah seperti barang kemas, jam tangan berjenama dan kereta akan mula dilaksanakan bermula 1 Mei 2024.

Menurut beliau, Kementerian Kewangan (MOF) kini sedang dalam peringkat akhir memuktamadkan dasar dan perundangan cukai yang membabitkan barang bernilai tinggi.

“Mekanisme pelaksanaan, jenis barang dan kadar cukai barang bernilai tinggi akan diumumkan sebaik sahaja perkara-perkara tersebut dimuktamadkan dan diluluskan oleh jemaah menteri,” jawab beliau menerusi jawapan bertulis Chong Zhemin [PH-Kampar] di Dewan Rakyat semalam. 

Cukai Tidak Akan Dikenakan Kepada Pelancong

Walau bagaimanapun, bagi merancakkan sektor pelancongan, cukai tersebut bakal dikecualikan kepada pelancong

Pelancong yang melawat ke negara ini boleh membuat tuntutan semula cukai berkenaan dipintu luar negara.

Terdahulu, media melaporkan cukai bakal dikenakan ke atas barangan mahal seperti jet peribadi, kapal layar, barangan kemas dan kereta mewah.

Cukai tersebut dikatakan akan dikenakan ke atas kereta yang dijual melebihi RM200,000, jam tangan bernilai melebihi RM20,000 dan barangan kemas berharga lebih RM10,000.

Baca Artikel Berkaitan: Bajet 2023: Kerajaan Bakal Perkenal Cukai Barangan Mewah & Duti Eksais Cecair Nikotin

Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: Ini Antara Senarai Pelepasan Cukai Individu Yang Diumum PM

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.