fbpx
Now Reading
Gabenor Bank Negara Dedah Prestasi Ringgit Dipengaruhi Faktor Luar

Gabenor Bank Negara Dedah Prestasi Ringgit Dipengaruhi Faktor Luar

Menurut Gabernor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour kebanyakan penganalisis menjangkakan ringgit bakal meningkat pada tahun ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (20 Februari) Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan telah meminta Gabenor Bank Negara (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour untuk menjawab pertanyaan berhubung prestasi mata wang negara ini.

Anwar berkata demikian selepas wartawan menujukan soalan tersebut kepadanya.

Prestasi ringgit diperngaruhi oleh beberapa faktor luar

Terbaharu, Gabenor BNM memaklumkan prestasi mata wang Malaysia belakangan ini adalah sama seperti mata wang di serantau yang lain.

Ini kerana ia dipengaruhi daripada beberapa faktor luaran seperti:

  • Pelarasan pasaran kepada perubahan jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
  • Kebimbangan geopolitik.
  • Ketidaktentuan yang menyelubungi prospek ekonomi China.

“BNM berpandangan bahawa paras semasa ringgit tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia menuju ke hadapan,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Jelasnya lagi pertumbuhan bagi tahun ini akan dipacu oleh peningkatan dalam permintaan luar serta perbelanjaan domestik yang kukuh.

Abdul Rasheed turut memaklumkan unjuran terbaharu bagi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iaitu perdagangan global juga bakal meningkat dari 0.4% pada tahun lalu (2023) kepada 3.3% untuk tahun ini.

Kebanyakan penganalisis jangka ringgit bakal meningkat tahun 2024

Selain itu, industri eksport Malaysia juga menunjukkan peningkatan yang baik sejak suku keempat tahun lalu manakala Januari 2024 turut menunjukkan perkembangan yang positif iaitu 8.7%.

“Sektor pelancongan telah pulih dengan kukuh dengan ketibaan pelancong pada 2024 dijangka mengatasi paras prapandemik seramai 26 juta orang.

“Momentum pelaburan telah meningkat dengan pelaksanaan projek-projek yang diluluskan dalam kedua-dua sektor awam dan swasta.

“Mencerminkan perkembangan positif ini dan komitmen kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan berstruktur serta jangkaan penurunan kadar faedah di ekonomi maju, kebanyakan penganalisis mengunjurkan ringgit akan meningkat tahun ini.”

Sebagai info mata wang tempatan itu, terus mencatatkan prestasi lemah berbanding dolar AS sejak belakangan ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.