fbpx
Now Reading
Lelaki Dedah Gaji Barber Di Singapura Boleh Cecah RM10,000 Raih Perhatian Ramai [Video]

Lelaki Dedah Gaji Barber Di Singapura Boleh Cecah RM10,000 Raih Perhatian Ramai [Video]

Difahamkan, terdapat banyak tukang gunting daripada Malaysia yang bekerja di situ dan hanya ulang-alik setiap hari dari Johor Bahru ke Singapura.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan rakyat Malaysia yang berhijrah mencari pekerjaan di luar negara adalah kerana tawaran gaji yang lebih tinggi berbanding di sini.

Tidak dinafikan, Singapura merupakan antara negara yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang ingin bekerja kerana kedudukannya yang tidak jauh dan mata wang yang tinggi.

Tak kisah perkerjaan apa sekali pun, kalau dah dibayar pakai Singapore Dollar (S$), pasti jumlah itu akan menjadi lebih banyak sekiranya ditukar menjadi Ringgit Malaysia (MYR).

Tular influencer dedah kadar upah tukang gunting di Singapura

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang lelaki yang juga influencer dikenali sebagai Broz&Key telah mendedahkan anggaran gaji bagi tukang gunting rambut di Singapura.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @aintyourordinarybarbers, perkara itu dimaklumkan oleh salah seorang rakannya yang juga tukang gunting rambut di negara itu.

“Berapa anggaran gaji sebagai tukang gunting rambut di Singapura,perkara ini memang saya nak tahu sangat-sangat,” soalnya.

Tukang gunting di Singapura boleh raih pendapatan sehingga RM14,000

Susulan itu, lelaki terbabit menjawab bahawa anggaran gaji bagi bagi tukang gunting rambut adalah sekitar S$1,600 hingga S$4,000 (kira-kira RM5,600-RM14,000).

Jelas lelaki itu lagi, terdapat banyak tukang gunting daripada Malaysia yang bekerja di situ dan hanya ulang-alik setiap hari dari Johor Bahru ke Singapura.

Ramai tukang gunting yang tertarik untuk kerja di Singapura

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terkejut mendengar kadar upah yang diterima barber di Singapura.

Tidak hanya itu, segelintir netizen yang mahir dalam bidang menggunting rambut juga tertarik untuk bekerja di sana.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.